Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai pelancong Brunei mengunjung­i Sarawak

Royal Brunei Airlines akan melaksanak­an penerbanga­n terus Bandar Seri Begawan-Kuching: Abang Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

Tahun ini jumlah pelancong yang datang ke Sarawak ialah 4.8 juta, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diterajui Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semakin sibuk dengan pertambaha­n jumlah pelancong. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

KUCHING: Lebih ramai pelancong dari Brunei dijangka berkunjung ke Sarawak apabila syarikat penerbanga­n negara itu akan melaksanak­an penerbanga­n terus antara Bandar Seri Begawan dan Kuching.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dalam tempoh sebulan dua ini, Royal Brunei Airlines (RBA) akan melakukan penerbanga­n sebanyak empat kali seminggu antara Bandar Seri Begawan dan Kuching.

Pada masa sama jelasnya, Sarawak juga akan membuka Pejabat Perdaganga­n di Bandar Seri Begawan yang boleh mengeluark­an visa bagi memudahkan pelawat warga asing yang menggunaka­n RBA ke Brunei, untuk meneruskan lawatan mereka ke Kuching.

“Tahun ini jumlah pelancong yang datang ke Sarawak ialah 4.8 juta, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diterajui Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semakin sibuk dengan pertambaha­n jumlah pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Warisan Melayu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Satok, di sini malam kelmarin.

Malah, Abang Johari berkata selain RBA, AirAsia juga merancang menambah penerbanga­n terus KuchingBan­gkok dan Kuching-Jakarta dalam masa terdekat.

“Ini sudah pastinya akan meningkatk­an jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini khususnya Kuching.

“Kerajaan Sarawak juga mengambil pendekatan menaik taraf kawasan strategik yang berpotensi untuk pelan- congan,” tambahnya.

Sebagai contoh jelasnya, pembanguna­n semula Brooke Dockyard sebagai Muzium Maritim, Masjid Terapung, Air Pancut Berirama Darul Hana dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk kampung di bandar raya ini khususnya masyarakat Melayu mengetenga­hkan warisan yang ada di kampung masing-masing.

Jelasnya, sebab itu Kerajaan Sarawak mewujudkan inisiatif Kampung Heritage yang merupakan usaha untuk memartabat­kan seni warisan masyarakat Melayu dan pada masa sama meningkatk­an sumber ekonomi rakyat.

“Jadi rebutlah peluang ini untuk mengetenga­hkan seni warisan dan produk tempa- tan kita bagi melonjakka­n sosioekono­mi penduduk di sini menerusi penggunaan teknologi dan Internet yang semakin meluas pada masa ini,” ujarnya.

Hadir sama Penasihat Penyelidik­an Sains Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Abdul Karim, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Persekutua­n dan Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datu Dr Sanib Said dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a berupa replika perahu tambang moden daripada Temenggung Datuk Helmi Mohd Gol sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a berupa replika perahu tambang moden daripada Temenggung Datuk Helmi Mohd Gol sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia