Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli akademik, graduan harus pupuk semangat inovasi tinggi dalam diri

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin Sarawak akan dikenali sebagai bukan sahaja hebat dalam ekonomi digital, malah menjadi pendukung kuat Revolusi Industri 4.0 dan Pendidikan 4.0.

Menurut beliau, Sarawak ketika ini sedang berusaha gigih dalam membangunk­an ekonomi digital yang mampan, di mana Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak untuk mengawal selia strategi dan inisiatif digital di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, dalam Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022, terdapat 29 tindakan strategi bagi sektor ekonomi iaitu dalam bidang pertanian, industri pengeluara­n 4.0, pelanconga­n, bandar pintar (infrastruk­tur fizikal dan utiliti, perumahan dan pembanguna­n bandar, pengangkut­an, logistik dan rantaian bekalan), kesihatan digital, e-dagang, kerajaan digital dan sosial.

Beliau menambah, strategi ini turut mencakupi 18 tindakan strategi pemangkin merangkumi infrastruk­tur digital iaitu kemahiran digital dan pembanguna­n bakat, kajian dan pembanguna­n ekonomi digital, inovasi digital dan keusahawan­an, digital dan data, keselamata­n siber dan keterangku­man digital.

“Saya percaya semua tindakan strategi ini akan memacu Sarawak ke dalam ekonomi digital sekali gus menjadi barisan hadapan dalam dunia digital,” katanya ketika menyempurn­akan sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 semalam.

Turut hadir Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Justeru, Tun Taib yang juga selaku canselor UNIMAS menegaskan bahawa para ahli akademik dan graduan hari ini harus memupuk semangat inovasi yang tinggi dalam diri, kerana untuk mencapai status tersebut memerlukan lebih ramai modal insan yang mampu mencipta inovasi baharu dan menjadi perintis teknologi masa depan.

“Peranan dan penglibata­n Universiti Malaysia Sarawak dalam agenda besar ini amat dituntut, khususnya dalam mewujudkan budaya penyelidik­an translasi yang berorienta­sikan ekonomi digital, yang mampu memberi impak jangka panjang kepada pem- bangunan Bumi Kenyalang,” katanya.

Tun Taib menambah, sebagai sebuah institusi ilmu terpenting di Sarawak, UNIMAS perlu memainkan peranan besar bukan sahaja dalam membangunk­an modal insan tetapi lebih penting adalah membangunk­an insan yang bukan sahaja menjadi pemain industri, malah menjadi pemangkin kepada pembanguna­n komuniti.

Pada masa sama, beliau berharap untuk melihat hubungan erat dan mesra antara UNIMAS, kerajaan pusat dan Kerajaan Sarawak termasuk pihak industri dalam memajukan negeri ini.

“Saya percaya kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahli akademik UNIMAS dalam pelbagai disiplin ilmu akan dapat menjadi pemangkin kepada pembanguna­n negeri ini,” ujarnya.

 ??  ?? KENAMAAN: Tun Taib ketika hadir menyempurn­akan pengisytih­aran sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 semalam.
KENAMAAN: Tun Taib ketika hadir menyempurn­akan pengisytih­aran sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia