Utusan Borneo (Sarawak)

Komited merapatkan jurang luar bandar dan bandar Kerajaan Sarawak mahu pastikan jurang ekonomi dapat dirapatkan melalui dasar pragmatik, holistik, berpandang­an jauh

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan akan terus komited melipatgan­dakan usaha bagi merapatkan jurang antara luar bandar dan bandar termasuk masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak mahu memastikan jurang ekonomi dapat dirapatkan melalui dasar yang pragmatik dan holistik serta berpandang­an jauh.

“Paksi falsafah perjuangan kita berteraska­n rakyat tanpa mengira kaum dan kawasan. Adalah sesuatu yang amat memilukan apabila masih ada kawasan dan sekolah di negeri ini masih dalam keadaan daif dan ketinggala­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan balas setelah dikurniaka­n Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n sempena Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMA) Ke-22 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Pro Canselor UNIMAS berkata, Kerajaan Sarawak turut komited memastikan dasar pembanguna­n yang dilaksanak­an adalah bersifat inklusif.

Menurut beliau, falsafah tersebut adalah kerana

Paksi falsafah perjuangan kita berteraska­n rakyat tanpa mengira kaum dan kawasan. Adalah sesuatu yang amat memilukan apabila masih ada kawasan dan sekolah di negeri ini masih dalam keadaan daif dan ketinggala­n.

kerajaan tidak mahu melihat mana-mana kaum dan kawasan di negeri ini terpinggir, di mana kesan limpahan pembanguna­n dan pertumbuha­n ekonomi harus dapat dinikmati semua rakyat Sarawak.

“Kita mahu semua kaum, semua kawasan dan semua bahagian merasai nikmat pembanguna­n.

“Tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak mahu terus membela nasib dan masa depan penduduk negeri ini.

“Kita mahu pastikan aspirasi rakyat mampu dipenuhi dalam arus perdana pembanguna­n,” ujarnya.

Justeru, katanya, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertekad dengan komitmen politik yang padu, supaya segala langkah dan usaha diambil untuk memastikan kemudahan dan prasarana disediakan kepada rakyat.

“Ini bukan soal politik, ini ialah soal masa depan dan masa depan tidak dapat diperjudik­an dengan politik murahan,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, sejak menerajui kepimpinan negeri ini pada Januari 2017, beliau telah menyalurka­n lebih RM7 bilion, yang sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah untuk pembanguna­n di kawasan pedalaman, pesisiran dan luar bandar.

Beliau menambah, kawasan di Hulu Rajang sahaja menerima peruntukan RM1.472 bilion untuk tempoh dua tahun akan datang, yang pasti akan dapat mengubah landskap pembanguna­n di kawasan Song, Kanowit, Kapit, Belaga dan sebagainya.

Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 menyaksika­n seramai 4,103 orang graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.

Pengisytih­aran konvokesye­n ini disempurna­kan Yang di- Pertua Negeri selaku Canselor UNIMAS Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang pertama, semalam.

Turut hadir Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Alfted Jabu Numpang dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? MESRA: Kadim (kanan) beramah mesra dengan graduan cemerlang UNIMAS sempena sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22, semalam.
MESRA: Kadim (kanan) beramah mesra dengan graduan cemerlang UNIMAS sempena sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia