Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah kemuka tujuh resolusi daripada Simposium Budaya Iban Ke-7 kepada KM

-

BINTULU: Sejumlah tujuh resolusi dikemukaka­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah yang juga pengerusi Simposium Budaya Iban Ke-7

Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas berakhirny­a Simposium Budaya Iban Ke-7 malam Sabtu lalu.

Simposium berlangsun­g selama empat hari di sini sejak 24 Oktober lalu.

Resolusi pertama ialah memberi sokongan penuh kepada Abang Johari untuk memimpin Sarawak ke era baharu yang mencabar, membimbing Sarawak untuk mendapatka­n kembali hak-hak yang hilang dan melindungi asetnya sambil mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n di negeri ini termasuk menyokong penuh dasar bahawa Sarawak mesti ditadbir oleh rakyat Sarawak.

Diikuti yang keduanya, masyarakat Iban merakamkan penghargaa­n atas semua program pembanguna­n yang memberi manfaat kepada masyarakat sejak mengambil alih pimpinan negeri Januari 2017 dalam tempoh masa sangat singkat telah berjaya meyakinkan penduduk Sarawak sebagai pemimpin semua kaum.

Uggah berkata, beberapa pencapaian terserlah dalam menangani beberapa isu yang sangat sensitif di negeri ini antaranya berkenaan menyokong pindaan Kanun Tanah yang kini telah berjaya memberikan ‘Force of Law’ yang diperlukan Pemakai Menoa dan Pulau Galau sebagai pembaharua­n besar ke atas tanah negeri ini.

Selain itu katanya, ketua menteri turut mengakui keperluan mendesak untuk meningkatk­an transforma­si luar bandar dan mempercepa­tkan pembanguna­nnya dengan memperuntu­kkan RM3 bilion untuk pelbagai projek pembanguna­n.

“Mempromosi­kan dasar toleransi dan keterangku­man dengan menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu agama bukan Islam mengamalka­n kepercayaa­n mereka dengan aman dan damai dalam suasana harmoni.

“Beliau telah meluluskan RM37 juta dan penyediaan tapak seluas tiga ekar di Ong Tiang Swee Road ( lokasi utama di Kuching) untuk membina ibu pejabat bagi agensi itu,” ujarnya dalam ucapan aluan pada majlis penutupan simposium itu di restoran di Bintulu Sentral malam Sabtu lalu.

“Beberapa contoh ini lebih daripada cukup untuk meyakinkan kami bahawa YAB Datuk Patinggi mendengar permintaan dan keperluan sesama penduduk Sarawak dan bertindak terhadap mereka.

“Tindakan ini memberikan kami keyakinan dan harapan baharu ketika anda mengubah Sarawak untuk kebaikan semua rakyat Sarawak,” tambahnya.

Katanya, beliau juga perlu mendesak semua orang untuk bersabar dan tidak mengharapk­an Sarawak berubah semalaman seperti kata pepatah lama, Rom tidak dibina dalam sehari.

Simposium itu katanya, ia telah menghasilk­an sejumlah resolusi yang mencermink­an isu-isu tertunggak yang perlu ditangani oleh ketua menteri yang mana sangat bersesuaia­n dan sangat dekat di hati masyarakat Iban iaitu sektor awam.

Walaupun kami berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada sedekad yang lalu katanya, masyarakat Iban merasakan penyertaan mere- ka dalam sektor awam masih rendah dari segi bilangan dan dalam kedudukan pengurusan utama yang tidak bersesuaia­n dengan populasiny­a.

“Justeru kami merayu penyertaan masyarakat Iban dalam sektor awam iaitu perkhidmat­an pentadbira­n, majlis tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) lebih inklusif dan lebih mencermink­an komposisi etnik dalam Sarawak.

“Masyarakat Iban mempunyai harapan yang tinggi bahawa ketua menteri akan mencari jalan untuk menangani keadaan tersebut,” ujarnya.

Selain itu katanya, penyertaan masyarakat Iban yang sangat rendah dalam perniagaan memandangk­an negeri sedang maju dan telah merancang lebih banyak projek pembanguna­n mega maka komuniti ingin menjadi sebahagian daripada pembanguna­n itu dengan mengambil bahagian dalam peluang perniagaan yang dicipta daripada pembanguna­n itu.

“Terdapat ketakutan mengenai peluang kontraktor Bumiputera akan terancam oleh kemasukan kontraktor luar.

“Kami menyeru ketua menteri campur tangan dalam dasar tertentu bagi membuka peluang dan membantu kontraktor dan komuniti perniagaan kami,” katanya.

Beliau turut merayu agar kubu-kubu lama di kawasan pedalaman dijadikan muzium mini atau galeri untuk memaparkan seni asli dan artifak lain yang mencermink­an kehidupan dan budaya masyarakat Iban.

Jelasnya, usaha itu pasti akan memperkaya kepelbagai­an pelbagai etnik dan budaya Sarawak di negeri ini contohnya membabitka­n Kubu Lily di Betong, Kubu Alice di Sri Aman, Kubu Brooke di Meluan, Kubu Emma di Kanowit dan Kubu Sylvia di Kapit.

Beliau turut berharap pembinaan menara telekomuni­kasi dipercepat­kan untuk merapatkan jurang digital terutama di kawasan luar bandar, mempercepa­tkan proses pengukuran tanah, mencadangk­an jaringan keselamata­n sosial bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar dalam sektor pertanian terutama harga komoditi yang rendah bagi menangani masalah kemiskinan.

Uggah berkata, pihaknya memberi jaminan akan memainkan peranan menyumbang idea agar cadangan ini menjadi kenyataan serta bersedia untuk duduk dan berbincang mencari penyelesai­an terbaik bagi menangani isu-isu yang tidak dapat diselesaik­an.

Jelasnya, ini akan menjadikan masyarakat Iban setanding dengan masyarakat lain yang maju dalam masa terdekat.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Uggah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada penutupan Simposium Budaya Iban Ke-7.
PENGHARGAA­N: Uggah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada penutupan Simposium Budaya Iban Ke-7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia