Utusan Borneo (Sarawak)

Dana besar kepada golongan belia dalam ekonomi digital

-

SIBU: Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan dana besar bagi membuka peluang kepada golongan belia di negeri ini melibatkan diri dalam ekonomi digital.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata ini dilihat apabila Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM1 bilion penambahba­ikan infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Malah, salah satu inisiatif kerajaan adalah membangunk­an hab digital.

“Hab Digital TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak) di Kuching memulakan operasinya pada 28 Ogos dan hab ini juga dibangunka­n di Sarikei iaitu Pusat Inovasi Sarikei dibangunka­n pada Ogos.

“Pada masa ini, dua hab digital dibangunka­n masingmasi­ng di Miri dan Bintulu.

“Pembinaan hab digital di Miri dan Bintulu dijangka siap pada Disember dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018 anjuran Persatuan Melanau Sibu ( PMS) dengan kerjasama TEGAS di Dewan Kompleks Islam Sibu petang kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Timbalan Pengerusi PMS Mohd Nazim Masni.

Menurut Len, Kerajaan Sarawak akan membangunk­an hab digital ini di semua bahagian di seluruh Sarawak termasuk Sibu.

“Oleh itu, saya mahu anakanak muda mengambil peluang dan bijak menggunaka­n hab digital sebagai satu pendekatan bagi mereka berjaya dalam perniagaan pada masa akan datang,” jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM30 juta untuk menubuhkan Sarawak Digital Village di Kuching.

Sarawak Digital Village menyediaka­n sistem ekokeusaha­wanan, membangunk­an bakat belia dan kerjasama dengan industri, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akademik.

“Justeru, anak-anak muda berjaya di peringkat hab didedahkan dengan kampung digital di Kuching pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Ahli USKCS bersama Dr Abdul Rahman (lima kiri) pada kunjungan hormat di Kuching.
KUNJUNGAN: Ahli USKCS bersama Dr Abdul Rahman (lima kiri) pada kunjungan hormat di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia