Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah usang milik tiga keluarga akan dinaik taraf

- Oleh Frankie Junau

LUBUK ANTU: Tiga keluarga daif di Rumah Martin Lebi, Merindun bakal menikmati kehidupan lebih baik apabila rumah usang yang didiami selama ini akan dinaik taraf menjadi rumah separuh kekal.

Mengumumka­n perkara tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, bajet untuk bina baharu rumah tersebut diambil daripada peruntukan khas di bawah projek baik pulih yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari pada sidang DUN lepas.

“Saya sangat terkejut dan sedih kerana masih ada penduduk di bawah konstituen­si Engkilili hidup dalam kedaifan dengan rumah yang sebegitu rupa...saya kesal kerana dimaklumka­n lewat berkenaan keadaan mereka,” katanya.

Terdahulu beliau yang dalam rangka lawatan kerja di Rumah Awing, Merindun telah dimaklumka­n tentang kedaifan tiga keluarga itu dan segera melakukan tinjauan ke rumah yang dimaksudka­n itu.

Dr Rayong dalam tindakan segera mengarahka­n pembantu khas beliau Nancy Rangkung dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah DUN Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu memantau dan menyediaka­n bahan binaan untuk kerja membina rumah tersebut.

Dalam pada itu, kediaman dua daripada kediaman tersebut dihuni warga emas dan hidup bersendiri­an dan sebuah lagi milik orang kurang upaya (OKU) yang kudung kedua-dua belah kaki.

“Dua warga emas yang terdiri daripada pasangan adik-beradik dan kematian suami itu ialah Senin Labang dan Mona Labang manakala OKU tersebut Jebing Sanggau,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong berkata beliau akan membantu setiap rakyat Engkilili tanpa mengira bangsa dan agama serta tiada pihak yang terkecuali menerima bantuan asal menepati syarat dan perlu bantuan segera.

“Ia juga selari dengan misi, visi dan harapan Kerajaan Sarawak di bawah Abang Johari yang menumpukan pembanguna­n luar bandar termasuk keperluan sosial rakyat Sarawak.

“Ia juga bertepatan dengan slogan kita bahawa hanya parti dan pemimpin Sarawak tahu sentimen dan keperluan rakyat negeri ini dan bukan parti dari luar Sarawak,” tegasnya.

Ia juga membuktika­n bahawa program ‘walkabout’ akan dapat menyelami send- iri keperitan rakyat, kata Dr Rayong kepada Utusan Borneo.

Turut mengiringi tinjauan segera beliau ialah Nancy Rangkung, Tuai Rumah Johnson, para tuai rumah dan pemilik rumah.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Rayong meninjau sendiri kedaifan rumah warga emas dan OKU tersebut selepas dimaklumka­n oleh wakil penduduk di Merindun semalam.
TURUN PADANG: Dr Rayong meninjau sendiri kedaifan rumah warga emas dan OKU tersebut selepas dimaklumka­n oleh wakil penduduk di Merindun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia