Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63 tidak buat keputusan berdasarka­n undi majoriti, kata Chong

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pemandu Semak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak membuat keputusan berdasarka­n undi majoriti tetapi bergantung kepada kebolehan wakil Sarawak menyatakan dengan jelas tuntutan negeri ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, jumlah wakil dari Sarawak dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 tidak penting sebaliknya kebolehan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid menyatakan dengan jelas tuntutan Sarawak.

“Semua masalah ini timbul kerana sikap (pemimpin) BN (Barisan Nasional), sekarang GPS (Gabungan Parti Sarawak), mereka selalu memikirkan majoriti akan membuat keputusan, perkara ini berlaku dalam DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Di dalam DUN, mereka sentiasa berpandang­an majoriti boleh membuli minoriti, jadi apabila beliau (Abang Johari) di pihak minoriti, beliau akan panik, malah sebelum Jawatankua­sa Pemandu mengadakan mesyuarat pertama, beliau seperti ‘takut’,” ujarnya.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara beberapa syarikat di Sentosa Parade di Kota Sentosa dekat sini semalam.

Menurut Chong, seperti sebelum ini hanya terdapat dua atau tiga wakil dari Sarawak termasuk beliau dalam rundingan menentukan kadar royalti minyak dan gas dibayar kepada Sarawak tetapi mereka berjaya meyakinkan jawatankua­sa (PH) itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia