Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan IHP ekoran pemansuhan GST bagi membolehka­n SST dilaksana mulai 1 Sept

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kadar inflasi negara kini terkawal berikutan penurunan ketara Indeks Harga Pengguna ( IHP) sejak Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata penurunan IHP ekoran pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun 2018 bagi membolehka­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an semula mulai 1 September 2018.

Beliau berkata berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Negara pada Jun 2017, IHP ialah 3.6 peratus menurun kepada 0.8 peratus pada Jun 2018.

Manakala bagi Julai 2017, IHP ialah 3.2 peratus tetapi menurun kepada 0.9 peratus pada Julai 2018 dan untuk Ogos 2017 IHP ialah 3.7 peratus berbanding hanya 0.2 peratus pada Ogos 2018.

“Apabila SST dilaksanak­an semula pada 1 September 2018, ada spekulasi mengatakan harga barangan akan naik tetapi IHP yang dicatatkan pada bulan itu hanya 0.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2017.

“Saya tidak mengatakan SST akan menyebabka­n harga barangan turun atau lebih murah, itu tidak masuk akal tetapi jika kita bandingkan GST dengan SST, harga barangan turun selepas GST dimansuhka­n,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara syarikat pemaju Polarwood

Apabila SST dilaksanak­an semula pada 1 September 2018, ada spekulasi mengatakan harga barangan akan naik tetapi IHP yang dicatatkan pada bulan itu hanya 0.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2017. Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sdn Bhd dengan CS Mini Market Sdn Bhd, Megabite Cafe’ Sdn Bhd dan Megarise Sdn Bhd (penyewa) di Sentosa Parade di Kota Sentosa dekat sini semalam.

Tambahnya di bawah GST yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula 1 April 2015, hanya 500 barangan dikecualik­an daripada dikenakan cukai itu berbanding kira-kira 5,300 barangan tidak dikenakan SST.

Terdahulu ketika berucap Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata kerajaan mengunjurk­an kutipan SST sebanyak RM21 bilion setahun berbanding RM43 bilion kutipan GST.

Menurutnya penguranga­n jumlah kutipan itu akan meningkatk­an kuasa membeli pengguna dan membantu meningkata­n prestasi perniagaan runcit yang menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sehubungan itu beliau meminta peniaga tidak meletakkan harga terlalu mahal untuk mendapatka­n margin keuntungan yang terlalu tinggi.

“Saya berharap peruncit khasnya di Sentosa Parade ini akan memastikan barangan yang dijual tidak terlalu mahal hanya untuk mendapatka­n keuntungan tinggi.

“Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) di bawah kementeria­n saya akan memastikan persaingan harga yang sihat antara peniaga-peniaga agar kepentinga­n peniaga dan pengguna dijaga,” jelasnya. Kadar inflasi kini terkawal, IHP menurun

 ??  ?? SIMBOLIK: Chong memotong reben yang mengikat belon-belon sebagai simbolik praperasmi­an Sentosa Parade, semalam.
SIMBOLIK: Chong memotong reben yang mengikat belon-belon sebagai simbolik praperasmi­an Sentosa Parade, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia