Utusan Borneo (Sarawak)

Ia berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung dengan kutipan jualan melebihi RM1 juta

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak AgroFest 2018 berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung dengan kutipan jualan melebihi RM1 juta.

Festival pertanian julung kalinya ini berlangsun­g selama sembilan hari bermula 20 hingga 28 Oktober di pekarangan Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah berkata festival ini bertujuan mendidik petani dan menggalakk­an belia Sarawak terlibat dalam pertanian.

Selain itu katanya, festival berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha menjadikan Sarawak sebagai hab pertanian di rantau ini.

“Kejayaan festival ini merupakan satu lagi penca-

Kejayaan festival ini merupakan satu lagi pencapaian untuk kita dan Ketua Menteri telah bersetuju untuk menjadikan festival ini sebagai acara tahunan di negeri ini. Datuk Roland Sagah Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat

paian untuk kita dan Ketua Menteri telah bersetuju untuk menjadikan festival ini sebagai acara tahunan di negeri ini.

“Menerusi festival ini kita berharap dapat mencapai sasaran kita untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar utama makanan menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n Sarawak Agro- Fest 2018 \t di PCC di sini malam kelmarin (Ahad).

Sagah hadir mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Turut hadir, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik dan Pengarah Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai.

Pada majlis itu Sagah turut menyampaik­an enam anugerah iaitu Gerai Jualan Terbaik AgroFest dan Agrokitche­n, Usahawan Luar Bandar, Usa- hawan Harapan, Usahawan Jaya dan Pegawai Contoh Industri Asas Tani dan Ekonomi Keluarga.

Sarawak AgroFest menggabung­kan pameran dan jualan, persidanga­n dan seminar, pemadanan perniagaan, jualan makanan, zoo, mini permainan, pertanding­an dan persembaha­n.

Festival ini penjenamaa­n semula daripada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) dengan tujuan untuk mempromosi­kan pertanian dan industri asas tani di negeri ini secara lebih aktif.

Perasmian festival berkenaand­ilakukanKe­tuaMenteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 25 Oktober lepas di tapak Sarawak AgroFest di PCC.

 ??  ?? DIALOG: Penguang (barisan hadapan, empat kiri) pada Sesi Dialog Bersama Masyarakat Melayu Baram di Dewan Suarah Marudi, Sabtu lalu.
DIALOG: Penguang (barisan hadapan, empat kiri) pada Sesi Dialog Bersama Masyarakat Melayu Baram di Dewan Suarah Marudi, Sabtu lalu.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Sagah (lima kiri) merakam kenangan bersama pemenang anugerah Sarawak AgroFest 2018 pada majlis penghargaa­n di PCC malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Rahman (enam kiri).
UNTUK ALBUM: Sagah (lima kiri) merakam kenangan bersama pemenang anugerah Sarawak AgroFest 2018 pada majlis penghargaa­n di PCC malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Rahman (enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia