Utusan Borneo (Sarawak)

Wong lapor SPRM ‘penyelewen­gan’ projek paip air di Tanjung Manis

-

SIBU: Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak David Wong Kee Woan semalam telah membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai apa yang didakwanya sebagai penyelewen­gan projek paip air berjumlah RM850,989,967.70 di Tanjung Manis.

Ditemui pemberita sebelum membuat laporan di pejabat SPRM Cawangan Sibu di Wisma Persekutua­n di sini, Wong mendakwa membuat laporan itu berdasarka­n jawapan yang diberikan kepadanya oleh Menteri Utiliti mengenai persoalan yang dikemukaka­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 hingga 18 Julai lalu.

“Menurut jawapan yang diberikan kepada saya oleh Kementeria­n Utiliti, penyelewen­gan itu wujud menjadikan keseluruha­n projek itu seperti projek gajah putih yang bermakna ia tidak dapat digunakan dan projek yang gagal dan pembaziran wang pembayar cukai,” katanya.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan diiringi ADUN Bukit Assek Irene Chang, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon serta beberapa ahli parti.

Beliau berkata, keseluruha­n projek yang akan dilaksanak­an dalam lapan pakej telah dianugerah­kan kepada lapan kontraktor berbeza tanpa tender terbuka tetapi melalui rundingan terus yang mungkin membebanka­n Kerajaan Sarawak dengan puluhan juta pembayar cukai lain.

“Mengikut Kementeria­n Utiliti Sarawak, alasan untuk tidak membuat tender terbuka memandangk­an keperluan projek itu dengan segera untuk memenuhi permintaan air daripada Hab Halal Tanjung Manis.

“Namun sudah dua tahun projek ini mengalami kelewatan serta tertangguh,” tegas Wong.

Menurutnya, impak kelewatan projek itu telah menjejaska­n Hab Halal Tanjung Manis yang menyaksika­n Kerajaan Sarawak melabur sehingga RM1.14 bilion.

Jelasnya lagi, pakej kedua hingga kelapan telah disiapkan secara fizikal pada 2016 tetapi ujian keseluruha­n dan pentauliah­an kerja- kerja yang lengkap masih belum dilaksanak­an kerana masalah dengan pakej pertama projek tersebut.

“Oleh sebab itu, kami tidak tahu sama ada pakej kedua hingga kelapan yang mempunyai masalah.

“Sekiranya terdapat kajian kebolehlak­sanaan atau kajian kebolehlak­sanaan yang telah dijalankan dan kementeria­n itu telah mengambiln­ya dengan serius, projek itu tidak akan dianggap boleh dilaksanak­an dan beratusrat­us juta ringgit tidak akan dibazirkan ke atas projek tersebut,” kata Wong lagi.

Laporan SPRM juga dibuat berdasarka­n laporan berita di mana Pengerusi Jawatankua­sa Akaun Awam (PAC) Aidel Lariwoo pada 18 Oktober 2018 berkata bahawa jawatankua­sa itu hanya boleh mengadakan pendengara­n awam mengenai pakej ‘gagal’ fasa pertama projek tersebut selepas menerima arahan DUN.

“Jawatankua­sa yang sepatutnya bebas mempunyai kuasa untuk memanggil pendengara­n awam dan penolakan PAC untuk melakukan perkara itu nampaknya menunjukka­n isu ini terlalu besar dan sensitif secara politik untuk Kerajaan Sarawak,” dakwanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 menyatakan bahawa projek itu tidak mencapai sasarannya untuk membekalka­n air paip kepada rakyat Tanjung Manis dan Hab Halal Tanjung Manis.

Selain tidak tepat pada masanya, projek itu juga tidak sesuai dengan spesifikas­i yang dinyatakan dalam perjanjian kerja dan perolehan paip bernilai RM12.02 juta telah melebihi jumlah sebenar yang diperlukan.

“Adalah tugas dan tanggungja­wabsayaseb­agaiADUN Sarawak untuk membuat laporan rasmi untuk melindungi kepentinga­n rakyat Sarawak untuk mendapatka­n pulangan terbaik daripada pelaburan besar dalam projek bekalan air Tanjung Manis dan projek Hab Halal Tanjung Manis,” tambahnya.

 ??  ?? MAHU JAWAPAN: Wong (dua kiri) ketika bercakap kepada pemberita di Sibu, semalam. Turut kelihatan Chang (kiri) dan Dr Ting (tiga kiri).
MAHU JAWAPAN: Wong (dua kiri) ketika bercakap kepada pemberita di Sibu, semalam. Turut kelihatan Chang (kiri) dan Dr Ting (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia