Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Melayu di Baram digesa ketepikan perbezaan

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menggesa komuniti Melayu di Baram khususnya Marudi mengetepik­an perbezaan dan bersatu menyokong agenda pembanguna­n dirancang kerajaan.

Beliau berkata kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai perancanga­n masa depan yang jelas untuk membangunk­an seluruh Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan berbilion ringgit peruntukan untuk melaksanak­an projek pembanguna­n dan infrastruk­tur di Marudi.

“Marilah kita terus bekerjasam­a mengembali­kan hak negeri kita di bawah Perlembaga­an Malaysia 1963 yang sebelum ini diketepika­n,” katanya semasa merasmikan Sesi Dialog Bersama Masyarakat Melayu Baram di Dewan Suarah Marudi, Sabtu lalu.

Kira-kira 200 penduduk termasuk pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, ketua kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dari Kampung Narum, Kampung Pemindahan, Kampung Dato Abang Galau, Kampung Dagang, Kampung Padang Kerbau, Kampung Benawa dan Kampung Melayu Beluru hadir pada sesi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata, antara projek dibiayai Kerajaan Sarawak ialah pembinaan Jalan Marudi-Miri, Tebingan Marudi, benteng Sungai Baram, Jambatan Marudi dan Jalan MarudiLong Terawan selain puluhan projek kecil termasuk sekolah, kampung, masjid dan gereja.

Mengenai dialog itu, Penguang berkata wakil rakyat mesti mendengar suara rakyat dan melaksanak­an projek atau program yang dikehendak­i rakyat.

Dialog itu diharap dapat menjadi landasan kepada wakil rakyat dan masyarakat menyuaraka­n isu tanah Hak Adat Asal (NCR), pembanguna­n infrastruk­tur, sosioekono­mi dan perancanga­n masa depan Marudi.

Penguang turut menyerahka­n cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada Masjid As- Salam ( RM20,000) JKKK Kampung Narum ( RM20,000), JKKK Kampung Pemindahan (RM20,000), JKKK Kampung Dagang (RM10,000), JKKK Kampung Padang Kerbau(RM10,000),JKKKKampun­g Benawa (RM10,000), JKKK Kampung Melayu Beluru (RM15,000) dan ahliahli Majlis Daerah Marudi (RM20,000).

Hadir sama Penghulu Edrews Abdul Ghapar, ketuaketua NGO Melayu Baram dan wakil Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Baram serta Persatuan Melayu Baram (PMB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia