Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Penyampaia­n Anugerah Keceriaan dan Inovasi Jabatan Penerangan, 31 Okt

-

KUCHING: Majlis Penyampaia­n Anugerah Keceriaan dan Inovasi anjuran Jabatan Penerangan Sarawak bakal diadakan pada 31 Oktober di sini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, majlis itu bakal menghimpun­kan dua jenis anugerah iaitu pemenang bagi Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan dan penerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Sarawak.

Majlis yang diadakan secara tahunan itu akan menyaksika­n 19 penerima menerima anugerah tersebut.

Sebanyak 10 pemenang bagi setiap kategori yang dipertandi­ngkan dalam Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan akan diumumkan pada malam tersebut.

Antara kategori tersebut adalah Bangunan Kerajaan, Bangunan Swasta, Kampung, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Taman Perumahan, Individu, Pintu Gerbang, Anjung Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Manakala sebanyak sembilan anugerah akan disampaika­n kepada kakitangan Jabatan Penerangan sebagai pengiktira­fan terhadap kecemerlan­gan dalam pelaksanaa­n tugas mengikut kriteria yang ditetapkan.

Antara anugerah tersebut adalah Pengurusan Kewangan (Kategori Berkumpula­n), Pengurusan Laporan Pendapat Awam, Penyelaras Media, Jurufoto, Juruaudio Visual dan Teknikal, Penyelaras Media Sosial, Kreativiti Multimedia, Pegawai Berinisiat­if dan Anugerah Khas Pengarah Penerangan Negeri Sarawak yang mana semua anugerah ini di bawah kategori individu.

Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim dijangka menyempurn­akan majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia