Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Kerajaan Sarawak tidak peduli rakyat adalah pembohonga­n: Idris

-

KUCHING: Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mengatakan Kerajaan Sarawak menyimpan rizab negeri berjumlah RM31 bilion kerana tidak mempedulik­an keperluan rakyat, adalah satu pembohonga­n.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata Chong merupakan seorang ahli politik yang licik berkata-kata tetapi auta.

Beliau berkata Chong sepatutnya ikhlas menerima kenyataan bahawa rakyat Sarawak khasnya di luar bandar mempunyai bukti nyata dan merasai sendiri pelbagai pembanguna­n dibawa Kerajaan Sarawak sejak dahulu lagi.

“Terlalu banyak pembanguna­n yang dicapai jika kita hendak menghuraik­annya tetapi keperluan rakyat semakin bertambah seiring pertambaha­n jumlah populasi Sarawak.

“Tahap kehidupan rakyat pun nyata semakin baik secara keseluruha­nnya. Menidakkan adanya pembanguna­n pesat di luar bandar adalah pembohong yang Chong suka buat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Sarawak government an ‘irresponsi­ble’ regime, says Chong’ bertarikh 28 Oktober 2018.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dipetik sebagai berkata Kerajaan Sarawak mempunyai rizab RM31 bilion dan memperuntu­kkan jumlah besar untuk pembanguna­n luar bandar kerana sedar perubahan kerajaan merupakan ‘bencana besar’ pada Pilihan Raya Negeri akan datang jika terus menyimpan rizab tersebut.

Tambahnya walaupun Sarawak mempunyai rizab RM31 bilion dalam akaun bank, majoriti kawasan luar bandar masih sangat mundur.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang berkata banyak jalan raya telah dibina menghubung­kan bandar dengan kawasan pedalaman terpencil.

Tambahnya Chong harus ingat, pembanguna­n infrastruk­tur seperti sekolah dan kemudahan penjagaan kesihatan adalah tanggungja­wab kerajaan pusat seperti ter- maktub dalam Perlembaga­an Malaysia.

Bagaimanap­un ujarnya, sejak kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, banyak projek pembanguna­n kerajaan persekutua­n termasuk yang bersaiz kecil di Sarawak tidak diteruskan.

Oleh itu, Kerajaan Sarawak terpaksa menggunaka­n rizabnya untuk memastikan keperluan rakyat lebih-lebih lagi yang kritikal seperti membaik pulih sekolah daif, membekalka­n bekalan air dan elektrik ke luar bandar diteruskan.

“Chong sepatutnya men- gakui kelemahan diri serta ketidakcek­apan dalam kerajaan PH untuk mengambil berat keperluan rakyat Sarawak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

“Disebabkan tidak cekap dan terlalu asyik bermain politik mereka gagal mengendali­kan projek- projek dirancang kerajaan terdahulu sambil petah memberi alasanalas­an dan banyak berdalih.

“Alasan ‘dana tidak cukup’ tidak boleh kita terima ,itu hanya auta kerana bukti nyata dan rakyat pun tahu dana yang ditinggalk­an BN dulu adalah banyak iaitu melebihi RM400 bilion,” katanya.

Menurutnya, Chong wakil Sarawak dalam kerajaan PH gagal membela nasib rakyat negeri ini waimma hanya projek-projek kecil.

Sebaliknya Chong ujar Idris, dengan mudah tetapi tidak ikhlas dan telus memberi alasan pemberhent­ian projek projek itu adalah atas dasar ia ‘hot air’ atau ‘projek kroni’.

Seolah-olah dengan memberi sebab demikian mereka kononnya mempunyai alasan yg sahih untuk lari daripada tanggungja­wab membela nasib rakyat Sarawak, tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia