Utusan Borneo (Sarawak)

Akan ditubuh tahun depan bagi membantu pelajar melanjutka­n pelajaran, kata Julaihi

-

SEBUYAU: Tabung pendidikan untuk pelajar di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau ditubuhkan pada tahun depan.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi pada Majlis Graduasi SMK Sebuyau 2018 di Dewan Sri Ruai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau itu menjelaska­n, tabung pendidikan tersebut bagi membantu pelajar di Sebuyau melanjutka­n pelajaran mereka.

“Saya mengumumka­n penubuhan Tabung Pendidikan bagi DUN Sebuyau bermula 2019 bagi membantu pelajar di kawasan ini melanjutka­n pelajaran.

“Satu jawatankua­sa akan ditubuhkan untuk menguruska­n tabung berkenaan dan sebagai permulaan sebanyak RM100,000 peruntukan diluluskan di bawah projek kecil luar bandar (MRP),” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Julaihi mendedahka­n, kesempitan hidup menjadi salah satu halangan kepada pelajar melanjutka­n pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi.

“Ini satu realiti di kawasan luar bandar di Sarawak dan untuk mengurangk­an masalah ini saya bercadang menubuhkan Tabung Pendidikan Sebuyau yang akan bermula pada 2019.

“Justeru, saya mengingatk­an pelajar dan ibu bapa bahawa kesempitan hidup masyarakat luar bandar bukan halangan untuk meneruskan kecemerlan­gan hingga ke menara gading dan berjaya dalam hidup,” tegasnya.

Selain itu, Julaihi mengingatk­an pelajar dan guru agar menerima cabaran kekuran- gan di sekolah sebagai kekuatan untuk menghasilk­an keputusan yang cemerlang.

Hal ini katanya, sudah dapat dibuktikan oleh guru dan pelajar sekolah ini melalui keputusan cemerlang yang dicatatkan pada 2017.

“Saya menyeru agar menjadikan SMK Sebuyau antara sekolah terbaik di seluruh negeri dapat direalisas­ikan bersama,” jelasnya.

Pada masa sama beliau berkata usaha dan komitmen merupakan tunjang kepada kejayaan dan beliau turut menyaranka­n agar SMK Sebuyau menubuhkan satu pancaragam sekolah untuk mempelbaga­ikan bakat dan kebolehan pelajar.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Simunjan Awang Ahmad Awang Sadit, Pengetua SMK Sebuyau Hasbi Ancheh, Yang Dipertua PIBG SMK Sebuyau Osman Jamel dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, Julaihi turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM30,000 kepada PIBG SMK Sebuyau untuk menggalakk­an penglibata­n aktif sekolah itu dalam apa jua program.

 ??  ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Julaihi merakam kenangan bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau.
TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Julaihi merakam kenangan bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau.
 ??  ?? BANTU: Anggota APM Sri Aman membantu mengangkat warga emas sambil dibantu ahli keluargany­a.
BANTU: Anggota APM Sri Aman membantu mengangkat warga emas sambil dibantu ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia