Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan diri tidak halang dua pelajar Swinburne Sarawak tamatkan pengajian

-

KUCHING: Kekurangan pada diri tidak menghalang dua pelajar keperluan khas Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) menamatkan pengajian dan bergelar graduan.

Joan Danielle Hong WanJing dan Anand Mohan Puthuppull­y merupakan dua pelajar keperluan khas yang diraikan pada majlis graduasi universiti tersebut yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Dilahirkan dengan sindrom hipermobil­iti dan sindrom eagle, keadaan ini membataska­n daya pemikiran dan daya menulis serta melukis Hong.

“Menyedari keterbatas­an fizikal diri saya,maka saya cuba mengurangk­an unit bagi setiap semester.

“Saya berharap dapat menjadi pereka dan pelukis yang dapat mengetenga­hkan kesakitan dan ketidakupa­yaan yang tidak kelihatan seperti keadaan saya,” kata pemegang Ijazah Rekaan (Rekaan Grafik) ini.

Sementara itu Anand yang dilahirkan kerdil bersyukur diberikan peluang menamatkan pengajian tingginya di universiti tersebut.

“Selepas kerja keras lima tahun, saya rasa lega akhirnya bergelar graduan dan akan sentiasa mengingati saat-saat di sini,” kata pemegang Ijazah Teknologi Komunikasi Maklumat ini.

Dalam pada itu majlis graduasi semalam menyaksika­n seramai 385 graduan menerima diploma dan ijazah masing- masing termasuk ijazah sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Majlis graduasi tersebut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pro-Canselor Swinburne Sarawak.

Daripada 385 graduan yang diraikan, tiga daripadany­a merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) iaitu Dr Alexander Funk Yun Leong, Dr Steven Wong Tung Yew dan Dr Yeu Yee Lee di mana setakat ini kampus Sarawak telah mengeluark­an 29 graduan PhD sejak 2012.

Berucap mewakili graduan, Melissa Ann Liew berkata majlis graduasi semalam dapat direalisas­ikan atas dedikasi para pensyarah, semangat kerja berpasukan rakan-rakan satu kursus dan sokongan keluarga.

“Ini adalah masa untuk kita apa yang terbaik untuk kehidupan kita selanjutny­a. Saya yakin, kita graduan Swinburne akan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Kumpulan graduan ini ter- diri daripada 313 pelajar Malaysia dan pelajar dari seluruh dunia antaranya Australia, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Mauritius, Nigeria, Oman, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Yaman, Zimbabwe dan Zambia.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, dua pelajar dari Jordan dan Filipina juga mengambil bahagian dalam majlis graduasi ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Canselor Swinburne University Graham Goldsmith dan Naib Canselor Profesor Linda Kristjanso­n.

 ??  ?? CEGAH RABIES: Dr Adrian dan para petugas baharu veterinar bergambar bersama semalam.
CEGAH RABIES: Dr Adrian dan para petugas baharu veterinar bergambar bersama semalam.
 ?? Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an ijazah kepada Hong (tengah) disaksikan Goldsmith (kanan).
Gambar Muhammad Rais Sanusi TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an ijazah kepada Hong (tengah) disaksikan Goldsmith (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia