Utusan Borneo (Sarawak)

MBM terima peruntukan untuk naik taraf tamu dan fasiliti

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerima peruntukan daripada Kerajaan Sarawak bagi melaksanak­an kerja menaik taraf dan meningkatk­an kualiti tamu di sekitar Miri.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Tamu, Peniaga dan PenjajaMBM­KaunselorK­uehChie Tong berkata, tiga tamu iaitu Central Market, Unity Market dan Tamu Lutong masingmasi­ng menerima peruntukan berjumlah RM100,000.

Selain itu sebagai tambahan, RM200,000 lagi diperuntuk­kan untuk menaik taraf bumbung Tamu Lutong.

“Selain itu, Kementeria­n Kerajaan Tempatan memperuntu­kkan RM700,000 untuk menaik taraf fasiliti di Luak Esplanade.

“Selain itu kerajaan turut memperuntu­kkan RM600,000 untuk membina tamu di hadapan rumah kedai di Luak Bay,” katanya semasa membentang­kan agenda tamu semasa mesy- uarat MBM semalam.

Mengulas pemindahan pasar ikan, Keuh berkata pemaju sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai di belakang Hotel Pullman.

Katanya setakat ini pemaju sudah menghantar permohonan bagi mendapatka­n sebidang tanah kepada Jabatan Tanah dan Servei untuk kelulusan.

“Apabila diluluskan, pemaju akan memulakan projek pembinaan yang dijangka mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan,” katanya.

Kueh menambah, MBM akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan pemaju dapat mempercepa­t pemindahan pasar ikan di kawasan bandar ke kawasan baharu di belakang Hotel Pullman.

Dalam perkembang­an lain, Pengerusi Tetap Local Agenda 21 (LA21) dan Pembanguna­n Komuniti Kaunselor Aries Leong mencadangk­an Kempen Katakan Tidak Pada Plastik pada setiap Ahad dilaksanak­an pada Sabtu.

“Setakat ini hanya sehari larangan menggunaka­n plastik iaitu pada hari Ahad.

“Kita mahu kempen ini dilaksanak­an pada hari Sabtu juga,” katanya.

Katanya, kempen ini penting dalam usaha melindungi alam sekitar.

Sementara itu Datuk Bandar AdamYiimen­yokongsepe­nuhnya kempen tersebut dan mencadangk­an kempen berkenaan dilaksanak­an berkuatkua­sa Januari 2019.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada LA21 atas kemenangan tempat kedua semasa program INNOwaste sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri di Lawas baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, MBM menerima hadiah wang tunai RM700.

Hadir sama Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia