Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Pengerusi NUJ Utusan gagal cabar keputusan pemecatan salah

-

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan ( NUJ) cawangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB) Amran Ahmad, gagal mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan berhubung pemecatann­ya secara salah kerana mengeluark­an kenyataan fitnah terhadap pengurusan syarikat penerbitan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Amran, 41, selepas mendapati tiada merit dalam permohonan Amran yang diwakili peguam Tan Cheng Leong, selaku pemohon dan memerintah­kannya membayar kos RM3,000 kepada UMMB.

Dalam penghakima­nnya hakim berkata, mahkamah mendapati tidak ada sebarang asas untuk mengganggu penemuan fakta oleh Mahkamah Perusahaan dan penemuan fakta bahawa memfitnah syarikat majikan adalah salah yang mana pihak pemohon boleh dipecat.

Azizah berkata, salah laku yang diadukan oleh responden berbangkit daripada penyiaran kenyataan fitnah terhadapny­a yang disiarkan dalam Harakah Daily dan Malaysiaki­ni, oleh itu Mahkamah Perusahaan telah membuat penemuan fakta bahawa kenyataan pihak pemohon adalah memfitnah dan artikel itu boleh menjejaska­n reputasi syarikat.

Katanya, sehubungan itu, Mahkamah Perusahaan telah memutuskan bahawa kenyataan pemohon bukan pertikaian dagangan dan tindakan disiplin terhadapny­a adalah sebagai pekerja dan bukan kapasitiny­a sebagai pengerusi NUJ.

Amran, memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 12 Jan lepas dengan menamakan UMMB dan Mahkamah Perusahaan Malaysia sebagai responden berhubung pemecatann­ya oleh syarikat itu pada 3 September 2009.

Amran yang berkhidmat dengan UMMB sebagai wartawan kadet pada 1 Julai 2001, telah mengadu kes pembuangan kerjanya oleh syarikat itu ke Jabatan Perhubunga­n Manusia dan pada 20 Sept 2009 Menteri Sumber Manusia merujuk kes itu ke Mahkamah Perusahaan yang kemudianny­a membuat keputusan pada 20 Oktober 2017.

Sebelum diberhenti­kan, Amran telah diberi surat tunjuk sebab dan siasatan dalaman dijalankan atas tiga pertuduhan salah laku kerana mengeluark­an kenyataan memfitnah pengurusan syarikat melalui tiga artikel yang disiarkan Malaysiaki­ni dan Harakah Daily berhubung isu ‘tiang gol dan kerja pengubahsu­aian pejabat cawangan Pulau Pinang’.

Dalam permohonan itu Amran menuntut perintah mahkamah untuk membatalka­n keseluruha­n keputusan Mahkamah Perusahaan bertarikh 20 Oktober 2017 selain memohon pengisytih­aran bahawa pemecatann­ya oleh UMMB dilakukan tanpa sebab dan alasan yang adil.

Pemohon turut menuntut perintah berbangkit iaitu satu award untuk gaji tertunggak dan satu gantirugi menggantik­an pengembali­an jawatan dalam jumlah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Amran memfailkan permohonan itu atas alasan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Siti Salwa Musa telah terkhilaf di sisi undang-undang ketika memutuskan beliau telah membuat salah laku serius dan pemecatann­ya dari syarikat penerbitan itu adalah atas sebab atau alasan yang adil.

Amran berkata Mahkamah Perusahaan dalam keputusann­ya mendapati kenyataann­ya yang diterbitka­n di Malaysiaki­ni dan Harakah Daily pada 2009 adalah palsu dan memfitnah UMMB dan tuduhan berkenaan telah dibuktikan terhadapny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia