Utusan Borneo (Sarawak)

Curi pakaian, wanita dipenjara dua hari dan didenda

-

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM3,000 kerana mencuri pakaian dari dua butik di sebuah pusat beli-belah, empat hari lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Soo Swee Har, 38, yang tidak bekerja, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri lima helai pakaian dari butik Cotton On dan Brands Outlet yang bernilai keseluruha­n RM280.50.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah memerintah­kan tertuduh dipenjara sehari bermula dari tarikh tangkapnya pada 26 Oktober lalu dan didenda RM1,000 atau satu bulan penjara, manakala bagi pertuduhan kedua, wanita itu diperintah­kan menjalani hukuman penjara sama dan didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukann­ya di kompleks beli- belah Sunway Putra, Jalan Putra, di sini, antara jam 1.15 dan 2 petang, 26 Oktober lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Nordin dan Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor kepentinga­n awam.

Bagaimanap­un, wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyesal atas perbuatann­ya selain tidak mampu membayar denda tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia