Utusan Borneo (Sarawak)

Tertuduh berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan

-

SEPANG: Seorang pelajar Libya semalam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan bunuh dan menyebabka­n kematian ke atas seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Tertuduh, Ahmed Abdullah Ali, 24, didakwa menyebabka­n kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada jam 7.35 malam, 17 Oktober lalu.

Pelajar tahun akhir di sebuah universiti antarabang­sa itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia, bedah siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Aziat Afrizan Alias manakala tertuduh diwakili Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, Nur Siti Fairuz Roslan dan Dinesh Muthal.

Dalam kes langgar lari pada 17 Oktober itu, yang video kejadian tersebut tular, Wan Amirah yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Di Mahkamah Sesyen Sepang pula, Ahmed Abdullah didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis 11- Nor- Delta- 9- Tetrahy- drocannabi­nol-9-Carboxylic Acid ke dalam dirinya pada 19 Okt lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan parah kepada seorang pelajar asing di Cyberjaya pada 30 Ogos lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh telah menyebabka­n kecederaan parah kepada Basel Giumaa El Maarfi, 20, dengan menggunaka­n sebilah pisau panjang di Hyve Soho Suite Cyberjaya kira-kira 4.45 pagi, 30 Ogos lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela yang sama.

Hakim Harith Shan Mohamed Yasin tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERDEPAN DAKWAAN: Ahmed didakwa berasingan di Mahkamah Majistret dan Sesyen Sepang semalam atas tiga tuduhan membunuh Wan Amirah di Shaftsbury Square, Cyberjaya, memasukkan dadah ke dalam dirinya dan menyebabka­n kecederaan parah kepada seorang pelajar warga asing.
— Gambar Bernama BERDEPAN DAKWAAN: Ahmed didakwa berasingan di Mahkamah Majistret dan Sesyen Sepang semalam atas tiga tuduhan membunuh Wan Amirah di Shaftsbury Square, Cyberjaya, memasukkan dadah ke dalam dirinya dan menyebabka­n kecederaan parah kepada seorang pelajar warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia