Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Pulau Pinang mohon cabar persempada­nan semula oleh SPR

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang mahu mencabar pelaksanaa­n persempada­nan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya dilakukan tanpa mengikut perlembaga­an, walaupun Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah selesai diadakan.

Peguam Leong Cheok Keng, mewakili kerajaan Pulau Pinang berkata persempada­nan semula itu yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum PRU14, akan kekal untuk dikuatkuas­akan sekurangku­rangnya lapan tahun.

Memetik Perkara 113 (2) ( ii) Perlembaga­an Persekutua­n, beliau berkata peta sempadan kawasan pilihan raya itu akan dilaksanak­an selama lapan tahun.

“Peta kawasan pilihan raya ini juga boleh diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-15, dijadual pada 2023,” katanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, yang mempengeru­sikan panel tiga anggota Mahkamah Persekutua­n, telah bertanya kepada Leong sama ada anak guamnya masih mahu meneruskan permohonan bagi kebenaran merayu berikutan perkara itu telah menjadi akademik susulan PRU14 sudah selesai diadakan.

Kerajaan Pulau Pinang memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutua­n selepas kalah dalam tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang tidak memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar langkah persempada­nan semula oleh SPR.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Hakim Ahmad turut bertanya kepada Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan sama ada beliau mewakili Peguam Negara (AG) Tommy Thomas atau SPR, susulan kenyataan dikeluarka­n oleh AG pada 23 Julai lepas bahawa Jabatan Peguam Negara tidak lagi akan mewakili SPR di mahkamah.

Shamsul berkata, arahan diterimany­a adalah untuk mewakili AG kerana kes dihujahkan di Mahkamah Tinggi pada peringkat awalnya berhubung permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman itu telah ditolak.

Hakim Ahmad kemudian menangguhk­an pendengara­n permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi kebenaran merayu dan mengarahka­n pengurusan kes bagi perkara itu untuk membolehka­n SPR melantik peguam.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 November tahun lepas, menolak permohonan kerajaan negeri bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar syor SPR bagi persempada­nan semula kawasan-kawasan pilihan raya.

Kerajaan Pulau Pinang juga memohon perintah bagi mengetepik­an syor SPR itu dan daftar pemilih 2016 dibatalkan.

Kerajaan negeri turut kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, yang menolak perkara itu pada 21 Feb tahun ini.

Ini mendorong kerajaan negeri membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutua­n dengan memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERLEPAS HUKUMAN MATI: Buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam membebaska­nnya daripada pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada Mei tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.
— Gambar Bernama TERLEPAS HUKUMAN MATI: Buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam membebaska­nnya daripada pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada Mei tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia