Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga anggota polis dilepas tanpa dibebas daripada tuduhan bantu ‘Geng 36’

-

KUALALUMPU­R: Seorang pegawai polis wanita dan dua anggota polis dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majisret di sini semalam atas tuduhan membantu anggota kumpulan Geng 36 iaitu pertubuhan yang salah di sisi undang-undang, tiga tahun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membuat keputusan itu terhadap Inspektor S. Kushalani, 32, Sarjan A. Rajaratnam, 42, dan Konstabel M. Uthayakuma­r, 32, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memaklumka­n pihak pendakwaan mendapat arahan untuk melepas tanpa membebaska­n ketigatiga tertuduh daripada pertuduhan tersebut.

“Mahkamah dengan ini membatalka­n kes terhadap ketiga-tiga tertuduh. Ketiga-tiga tertuduh dilepas tanpa dibebaskan dan wang jaminan dikembalik­an kepada ketiga-tiga tertuduh,” kata Mahyudin semasa kes itu disebut semalam.

Mereka masing- masing didakwa membantu anggota kumpulan Geng 36 yang merupakan satu pertubuhan menyalahi undang-undang di Beats Club, Desa Sri Hartamas, di sini antara 1 Januari 2015 dan 2 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 1 Oktober lepas, Kushalani yang diwakili peguam, R. T. Gaithri, Uthayakuma­r diwakili peguam Nicholas Netto manakala Rajaratnam pula diwakili peguam, Siti Hanis Che Wahab mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Kumpulan Geng 36 dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah terancang seperti membunuh, mendatangk­an kecederaan, peras ugut, khianat dengan api dan pengedaran dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia