Utusan Borneo (Sarawak)

Tukang kimpal terlepas hukuman gantung

-

PUTRAJAYA: Seorang tukang kimpal dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar 1.9kg kanabis oleh Mahkamah Rayuan di sini, semalam.

Keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebil dan Datuk Kamardin Hashim terhadap Mohamed Kanathi Meera Mydin selepas memutuskan sabitan itu adalah tidak selamat kerana mahkamah perbicaraa­n bergantung kepada keterangan rakan sejenayahn­ya.

Mahkamah membenarka­n rayuan Mohamed Kanathi, 43, untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tahun lepas atas sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadapny­a.

Pengerusi panel, Ahmadi, turut berkata terdapat uga keraguan tentang siapa pemilik dadah berkenaan.

Peguam yang dilantik oleh mahkamah, M. Manoharan, memberitah­u mahkamah bahawa anak guamnya ditahan bersama seorang lagi suspek bernama Mohd Shariffude­en Noorul Ameen.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan didakwa mengedar dadah tersebut di Jalan Gurdwara di Pulau Pinang, pada jam 10.45 malam, 20 September, 2014.

Menurutnya, Mohd Shariffude­en dilepas tanpa dibebaskan sebelum perbicaraa­n bermula dan dia telah memberi keterangan terhadap Mohamed Kanathi.

Beliau berkata keterangan oleh tertuduh bersama, yang yang lepas tanpa dibebaskan itu, tidak boleh diterima kerana ia boleh dianggap saksi telah disogok. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia