Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen berkenaan akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini

-

KANGAR: Polis menafikan dakwaan berlakunya cubaan menutup atau ‘cover up’ kes seksual melibatkan seorang ahli Parlimen di Perlis, sebaliknya siasatan dijalankan secara sulit mengikut prosedur ditetapkan kerana kes membabitka­n mangsa bawah umur.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata pihaknya tidak sama sekali bertindak berat sebelah kerana suspek seorang VVIP dan menegaskan mana-mana individu yang terlibat jenayah akan tetap dibawa ke muka pengadilan.

“Polis menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanakkanak 2017 dan selesai sahaja siasatan kita akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch) Datuk R Sri Sanjeevan menerusi akaun Twitternya yang mempertika­ikan mengapa ahli Parlimen terbabit sehingga kini masih belum ditangkap sedangkan laporan polis sudah dibuat mangsa.

Difahamkan, satu laporan polis dibuat baru-baru ini yang mendakwa mangsa berusia 15 tahun dicabul oleh ahli Parlimen berkenaan, namun laporan itu ditarik balik keluarga mangsa.

Noor Mushar berkata walaupun keluarga mangsa dikatakan menarik balik laporan, siasatan tetap diteruskan dan sebarang urusan antara keluarga mangsa dengan suspek tiada kaitan dengan pihak polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an semua pihak agar tidak campur tangan dalam urusan polis di samping memberi amaran kepada mereka agar membiarkan kes disiasat polis mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya juga mahu beri amaran khusus kepada Sanjeevan, jangan campur tangan dalam siasatan polis, jangan buat benda tidak elok dengan menuduh pihak polis tidak buat kerja,” katanya.

Noor Mushar berkata ahli Parlimen berkenaan akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan seksual itu.

“Sekarang ini beliau (ahli Parlimen itu) tidak berada di Perlis dan berada di Kuala Lumpur atas urusan politik, maka kami terpaksa meminta bantuan Bukit Aman untuk mengambil keterangan beliau berhubung kes ini.

“Selain itu, saya juga ada melantik seorang pegawai polis yang khas untuk mengendali­kan kes ini dan siasatan kes ini diteruskan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata keterangan ahli Parlimen itu hari ini diuruskan oleh Bahagian Siasatan Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman. — Bernama

Saya juga mahu beri amaran khusus kepada Sanjeevan, jangan campur tangan dalam siasatan polis, jangan buat benda tidak elok dengan menuduh pihak polis

kerja. ” tidak buat SAC Noor Mushar Mohamed Ketua Polis Perlis

 ?? — Gambar Bernama ?? KURANGKAN KADAR KEMALANGAN: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen mengadakan ‘Ops Khas Bersepadu-ops Bas KIlang’ di tempat parkir Tapak Pesta, Sungai Nibong, dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama KURANGKAN KADAR KEMALANGAN: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen mengadakan ‘Ops Khas Bersepadu-ops Bas KIlang’ di tempat parkir Tapak Pesta, Sungai Nibong, dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia