Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Melaka lapor polis ‘Pemasyhura­n Sultan Melaka’ 12 orang cedera selepas jeti Pulau Tikus Langkawi runtuh

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka semalam membuat satu laporan polis tentang satu majlis ‘pemasyhura­n’ seorang individu di laman sosial yang menggunaka­n nama Sultan Mansor Shah III sebagai ‘Sultan Melaka’, sekitar minggu lepas.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki berkata beliau yang mewakili kerajaan Negeri Melaka berkata pihaknya menerima maklumat mengenai majlis pemasyhura­n itu dan laporan dibuat untuk bagi membolehka­n pihak polis menjalanka­n soal siasat.

“Saya telah membuat laporan polis dan menunggu siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita di selepas membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh di sini semalam.

Seorang individu yang menggunaka­n nama Sultan Mansor Shah III dalam sebuah akaun laman sosial Facebook pada Khamis lepas (25 Okt) menyiarkan gambar-gambar mendakwa dirinya ditabalkan menjadi Sultan Melaka.

Maslina berkata laporan polis itu juga dibuat bagi mengelak berlakunya unsurunsur yang tidak diingini di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya akan menunggu arahan se- lanjutkan daripada pihak polis sama ada perlu membuat laporan kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau tindakan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi menyesahka­n polis menerima laporan tersebut. — Bernama LANGKAWI: Seorang pelajar universiti cedera parah di bahagian pinggang, sementara 11 orang lagi mengalami kecederaan ringan selepas sebuah jeti dilalui mereka di Pulau Tikus dekat sini runtuh semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima laporan itu jam 1.53 petang memaklumka­n kumpulan mangsa terbabit berjalan di atas jeti yang tiba-tiba runtuh itu di pulau yang terletak kira-kira lima batu nautika ( 9km) dari Jeti Kampung Kilim di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Zamzuri Hasan yang mengetuai lapan petugas ke tempat kejadian berkata pelajar-pelajar yang cedera itu telah dibawa ke Jeti Kampung Kilim sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Langkawi untuk rawatan lanjut.

Maklumat awal yang dipe- roleh menyatakan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada sekumpulan 40 orang pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang pergi melawat pulau itu yang merupakan sebahagian daripada tarikan pelanconga­n di Kilim Karst Geoforest Park di sini.

Beberapa buah bot pelancong turut digunakan untuk membawa balik baki jumlah pelajar itu ke Jeti Kilim di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT LAPORAN: Maslina ketika menjawab pertanyaan media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh, dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama BUAT LAPORAN: Maslina ketika menjawab pertanyaan media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh, dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia