Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kerugian RM5,050 ditipu ‘Macau Scam’

-

KUANTAN: Bimbang dengan dakwaan mempunyai waran tangkap dan asetnya akan dibeku, seorang pembantu perawatan kesihatan mengalami kerugian RM5,050 selepas menerima panggilan palsu daripada seorang wanita kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa itu, wanita berusia 40 tahun, dihubungi suspek yang mendakwany­a terlibat dengan kegiatan judi haram dalam Internet sebelum talian disambungk­an kepada suspek lain yang menyamar sebagai anggota polis.

“Suspek kedua pula menyambung­kan talian berkenaan kepada individu lain yang menyamar sebagai Inspektor polis yang mengatakan mangsa terlibat dengan sindiket penipuan.

“Mangsa selepas itu turut menerima sekeping gambar menerusi WhatsApp tentang perintah Mahkamah Persekutua­n untuk menangkap dan membekukan asetnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Selepas itu, katanya mangsa diminta mengeluark­an kesemua wang dalam akaun bank dan memasukkan ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek bagi tujuan siasatan.

Katanya, selepas pemindahan wang sebanyak RM5,050 selesai mangsa diminta merahsiaka­n perkara itu sehingga kes berkenaan selesai.

Beliau berkata mangsa mula menyedari ditipu setelah menceritak­an perkara itu kepada suaminya dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia