Utusan Borneo (Sarawak)

Merokok di kawasan larangan, empat pelajar sekolah dikompaun

-

GEORGE TOWN: Empat pelajar sekolah menengah dikompaun oleh anggota penguatkua­saan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana kesalahan merokok di kawasan larangan merokok bersebelah­an sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Ketua Cawangan Inspektora­t Dan Perundanga­n Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Ong Ang Guan berkata, keempat- empat pelajar itu ditahan ketika masih memakai uniform sekolah.

“Mereka ditangkap atas kesalahan memiliki bahan tembakau iaitu kotak rokok dan rokok di dalam poket uniform yang dipakai dan berikutan itu kami keluarkan empat kompaun bernilai RM50 setiap satu,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata jika keempatemp­at pelajar itu tidak membayar kompaun, mereka akan dihadapkan ke mahkamah yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau keduaduany­a sekali.

“Kami juga turut mengeluark­an satu notis kompaun kepada penjual yang menjual rokok kepada pelajar di bawah umur di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Ong berkata dalam operasi semalam, pihaknya turut memeriksa 25 kedai iaitu tujuh restoran dan 18 gerai di bawah Akta Makanan 1983 dan hasil pemeriksaa­n itu mendapati dua restoran dan sebuah gerai beroperasi dalam keadaan tidak bersih.

“Arahan penutupan se- lama 14 hari bermula hari ini (semalam) telah dikeluarka­n bagi pengusaha terbabit menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 38 notis saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan, antaranya pengendali makanan tidak menerima suntikan tifoid dan tidak ada latihan kursus pengendali­an makanan seperti yang ditetapkan.

“Ada juga pengendali makanan didapati tidak memakai apron, topi serta memakai cincin mahupun gelang. Kesemua kesalahan ini adalah di bawah Akta Makanan 1983,” katanya dan menambah keseluruha­n kompaun bernilai RM16,150. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINDAKAN: Pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluark­an notis kepada sekumpulan pelajar yang menghisap dan memiliki rokok selepas waktu sekolah di Jalan Greenlane dekat George Town, semalam ketika membuat operasi kesihatan di sekitar kawasan berkenaan.
— Gambar Bernama TINDAKAN: Pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluark­an notis kepada sekumpulan pelajar yang menghisap dan memiliki rokok selepas waktu sekolah di Jalan Greenlane dekat George Town, semalam ketika membuat operasi kesihatan di sekitar kawasan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia