Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu pantau tingkah laku, dicadang tidak menghantar anak-anak yang berumur di bawah 16 tahun ke asrama

-

GEORGE TOWN: Jumlah golongan homoseksua­l dan transgende­r di negara ini menunjukka­n peningkata­n setiap tahun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembanguna­n Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM Dr Mohd Izwan Mohd Yusof berkata sebanyak 310,000 golongan homoseksua­l terutamany­a gay dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013, iaitu peningkata­n hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun.

Bagi golongan transgende­r pula, beliau berkata dalam tempoh 20 tahun, jumlah golongan transgende­r menunjukka­n peningkata­n sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 30,000 orang pada tahun ini berbanding 10,000 orang pada tahun 1988 dan kebanyakan daripada golongan ini bekerja sebagai pekerja seks.

“Peningkata­n itu boleh jadi pelbagai faktor kerana dengan keterbukaa­n mungkin satu sudutnya media sosial yang ada pada hari ini. Golongan muda mempunyai akses lebih banyak kepada Internet dan media sosial.

“Ini secara tidak langsung menggalakk­an mereka lebih terbuka untuk akses kepada mobile apps yang berkaitan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgende­r) dan video-video yang tidak sepatutnya untuk mereka tonton,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontempora­ri, di sini semalam.

Mohd Izwan berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan me- mantau tingkah laku serta pergerakan anak-anak mereka selain memberi perhatian sepenuhnya agar anak-anak tidak merasa kurang kasih sayang sehingga mereka boleh terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat itu.

Beliau berkata selain daripada akses yang mudah kepada Internet, faktor lain yang mendorong seseorang itu terjebak dalam golongan LGBT ialah kurang kasih sayang, pola asuhan (cara anak-anak dibesarkan), sikap ibu bapa yang terlalu melindungi serta sering dibuli dan diejek.

“Kami mencadangk­an kepada masyarakat bermula dari rumah kalau boleh ibu bapa mengawasi anak-anak. Kalau dulu kita risau anak-anak kita keluar rumah tak balik-balik, hari ini kena lebih risau kalau anak-anak kita dalam bilik dan tak keluar-keluar,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak yang berumur di bawah 16 tahun ke asrama memandangk­an kes-kes gay dan lesbian banyak berlaku di asrama terutamany­a di sekolah yang mempunyai satu jantina sahaja.

“Pada peringkat umur 12 ke 15 tahun mereka tidak matang dan tidak tahu membezakan mana sentuhan yang boleh, mana sentuhan yang tidak boleh,” katanya.

Mengenai program penyembuha­n, Mohd Izwan berkata seramai 1,450 orang membabitka­n komuniti LGBT telah menyertai program di bawah Jakim yang membantu memberi kesedaran kepada mereka untuk kembali kepada fitrah.

“Soal perubahan itu ia subjektif. Ada yang sudah mengubah penampilan dan ada yang walaupun dia masih dalam penampilan yang berlawanan dengan jantina asal tapi sudah mula meninggalk­an pelakuan homoseksua­l dan ada juga yang sudah berkahwin. Ada yang walaupun tidak berkahwin dia mampu mengawal diri daripada terjebak melakukan pelakuan homoseksua­l,” katanya. — Bernama

Peningkata­n itu boleh jadi pelbagai faktor kerana dengan keterbukaa­n mungkin satu sudutnya media sosial yang ada pada hari ini. Golongan muda mempunyai akses lebih banyak kepada Internet dan media sosial. Dr Mohd Izwan Mohd Yusof Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembanguna­n Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia