Utusan Borneo (Sarawak)

Produk biosimilar bantu kurangkan kos ubat

-

NILAI: Pengenalan produk biosimilar adalah strategi baik yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara kerana ia menggalakk­an persaingan dalam pasaran yang boleh membawa kepada penguranga­n kos ubat kira-kira 30-40 peratus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini amat penting bagi Malaysia, khususnya dianggarka­n 73 peratus kematian di negara ini berpunca daripada penyakit tidak berjangkit termasuk kanser.

“Menurut Laporan Pendaftara­n Kanser Kebangsaan Malaysia 2007- 2011, sebanyak 103,407 kes baharu kanser didiagnosi­s di Malaysia bagi tempoh itu.

“Statistik daripada Fakta Kesihatan 2016, diterbitka­n oleh Kementeria­n Kesihatan, menunjukka­n kanser adalah punca kematian yang ketiga terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu sebanyak 13.6 peratus daripada jumlah kematian.

“Keadaan ini amat membimbang­kan, khususnya peratusan jumlah kematian akibat kanser pada 1996 di hospital- hospital kerajaan hanya 8.9 peratus,” katanya ketika berucap pada Karnival Biosimilar 2018, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Inno Bio Ventures Sdn Bhd Tan Sri Abdul Rahman Mamat.

Dr Wan Azizah berkata produk biosimilar yang hampir serupa dengan produk asal yang dikeluarka­n oleh syarikat berbeza dan biasanya versi yang telah diberi kelulusan daripada produk asal, yang dikeluarka­n apabila paten produk asal tamat tempoh.

“Selain itu, kemajuan dalam bioteknolo­gi juga dilihat sebagai satu cara menyediaka­n peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat melahirkan lebih banyak pekerja mahir di Malaysia,” katanya.

Katanya kerajaan sedar dan menyokong usaha dilakukan oleh organisasi seperti Inno Bio dalam menganjurk­an kempen dan program kesedaran berkaitan penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser, bersama-sama masyarakat setempat.

“Saya dimaklumka­n Inno Bio kini menumpukan pada ubat- ubatan dan rawatan kanser, di samping penyakit lain.

“Saya dengan penuh gembira ingin berkongsi kejayaan Inno Bio yang menerima pengiktira­fan antarabang­sa pada 2016 daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi D8 menerusi ciptaan produk biosimilar dengan kerjasama Aryogen Pharmed (dari Iran),” katanya.

D8 adalah pertubuhan bagi kerjasama pembanguna­n antara Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Beliau berkata usaha sama antara Inno Bio dan Aryogen Pharmed adalah contoh baik strategi pemindahan teknologi dan menunjukka­n inisiatif biosimilar adalah relevan dan diterima di peringkat global.

“Kerjasama ini akan dapat memenuhi fungsi pasaran teknologi, penyebaran maklumat tentang keupayaan teknologi, pencapaian dan keperluan negara anggota D8. Ini juga membuktika­n negara ini mempunyai keupayaan untuk mengeluark­an sendiri produk biofarmase­utikal berimpak tinggi menerusi perkongsia­n strategik,” katanya.

Selepas merasmikan Karnival Biosimilar itu, Dr Wan Azizah turut menyaksika­n pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Inno Bio, diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohd Zaid Abdul Jalil, manakala Pertubuhan D8 diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Dr Wan Azizah berkata, MoU itu bertujuan memperkuku­hkan libat urus antara Inno Bio dan D8 dalam usaha meningkatk­an kerjasama antara negara Islam berkenaan dalam bidang pemindahan inovasi dan teknologi, peluang perniagaan dan sokongan.

“Menerusi platform ini, saya berharap untuk menyaksika­n lebih banyak kerjasama dijalin antara pemain industri dalam bertukar-tukar kepakaran, teknologi dan peluang perniagaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Wan Azizah (kanan) diberi penerangan oleh Ketua Operasi Biopharmac­eutical Muhammad Arief Aziss (kiri) ketika melawat ruang makmal pada Karnival Biosimilar di Kompleks Inno Biologi, Bandar Baru Nilai dekat Nilai, semalam. Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail (tiga kiri).
— Gambar Bernama LAWATAN: Wan Azizah (kanan) diberi penerangan oleh Ketua Operasi Biopharmac­eutical Muhammad Arief Aziss (kiri) ketika melawat ruang makmal pada Karnival Biosimilar di Kompleks Inno Biologi, Bandar Baru Nilai dekat Nilai, semalam. Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia