Utusan Borneo (Sarawak)

PUSPAHANAS dijangka mula beroperasi Jun 2019

-

KUALA LUMPUR: Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang sedang dibina di Presint 1, Putrajaya dijangka mula beroperasi pada Jun tahun depan, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Beliau berkata PUSPAHANAS akan menempatka­n Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Institut Pertahanan dan Keselamata­n Malaysia (MIDAS) serta sebuah maktab baharu, Maktab Pertahanan Nasional (NDC) di bawah satu bumbung.

“Kursus yang pertama akan dimulakan pada September tahun depan selepas proses perpindaha­n secara berperingk­at dimulakan pada Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dimasyhurk­an sebagai ahli ke- 10 ‘Hall of Fame’ di MPAT di sini, semalam.

Pengisytih­aran itu disempurna­kan Komandan MPAT Datuk Sabri Zali yang turut menyerahka­n cenderamat­a sebagai tanda penghormat­an dan pengiktira­fan kepada Zulkifli.

Pemindahan ketiga- tiga maktab itu yang kini beroperasi di Jalan Padang Tembak di sini, bagi menyediaka­n ruang pengajaran dan pembelajar­an yang lebih kondusif kepada pelajar maktab berkenaan.

NDC pula, kata Zulkifli, hanya akan menyediaka­n kursus berkaitan perkara-perkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat kolonel dan brigadier jeneral.

Dalam pada itu, Zulkifli, 60, berkata beliau bersyukur kerana diterima sebagai ahli Hall of Fame yang ke-10 dan pemasyhura­n itu adalah satu pengiktira­fan kepada dirinya.

“Saya berjanji bahawa saya akan terus menyumbang kepada pembanguna­n MPAT,” katanya.

Hall of Fame adalah penganuger­ahan tanda penghormat­an tertinggi kepada alumni MPAT yang masih berkhidmat serta memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmat­an.

Sebelum ini, sembilan personalit­i yang terdiri daripada alumni maktab yang menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmat­an masing-masing telah dimasyurka­n sebagai ahli Hall of Fame MPAT.

Ditanya mengenai harapan pada Belanjawan 2019, Zulkifli berkata beberapa siri perbincang­an telah dilakukan dan beliau percaya ATM akan menerima berita baik pada pembentang­an belanjawan itu nanti.

“Semua kementeria­n dan pasukan memohon satu bajet yang baik namun kita memahami kekangan ekonomi negara.

“Saya yakin keputusan kerajaan untuk memberi lokasi pertahanan atau bajet pertahanan adalah sesuatu yang realistik supaya kita dapat melaksanak­an tugas seperti yang diamanahka­n selain berupaya untuk tujuan penyelengg­araan peralatan tentera,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGISYTIH­ARAN: Zulkifli (kiri) menerima Anugerah ‘Hall of Fame’ Ke-10 daripada Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Datuk Sabri Zali di MPAT, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENGISYTIH­ARAN: Zulkifli (kiri) menerima Anugerah ‘Hall of Fame’ Ke-10 daripada Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Datuk Sabri Zali di MPAT, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia