Utusan Borneo (Sarawak)

Doping membunuh sukan secara tidak langsung

-

KUALA LUMPUR: Isu doping atau pengambila­n bahan terlarang oleh atlet bukan hanya bercanggah dengan semangat kesukanan, tetapi ia akan membunuh sukan secara tidak langsung, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Meluahkan rasa kecewanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam, Syed Saddiq berkata pihaknya bersama Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) akan mencari jalan penyelesai­an terbaik bagi mengatasi isu doping agar tidak menjadi ‘barah’ dalam kalangan atlet.

“Doping merupakan isu yang membunuh sukan secara langsung atau tidak langsung bukan sahaja kerana bercanggah ‘spirit of sports’ (semangat kesukanan) tetapi pada masa sama, kalau seseorang atlet itu mengambil doping dan orang lain tidak ambil, akhirnya mereka (yang tidak mengambil bahan terlarang) terletak di belakang.

“Kalau kita tak menangani isu ini dengan serius ia akan menyebabka­n wabak di mana semua atlet khususnya atlet muda terpaksa mengambil dadah seperti ini supaya akhirnya mereka menang dalam sukan,” katanya pada sesi soal jawab lisan semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ( Bebas- Bagan Serai) yang ingin tahu tindakan kementeria­n bagi menangani isu doping dalam kalangan atlet negara.

Syed Saddiq berkata pihaknya kecewa apabila dimaklumka­n atlet negara khususnya atlet muda positif dalam ujian doping.

“Saya dimaklumka­n beberapa atlet negara khususnya pelapis sukan negara telah ditangkap dalam ujian doping. Kekecewaan­nya agak jelas. Selalunya isu ini melibatkan beberapa sukan contohnya bina badan.

“Bila pihak kementeria­n dimaklumka­n, kita akan pastikan tindakan tegas diambil supaya menjadi pengajaran kepada atlet dan memastikan isu ini tak berulang. Kita juga mengambil tindakan bagi memastikan ada sikap malu dan rasa tanggungja­wab dalam kalangan atlet agar kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Menjawab soalan asal V.N. Sivakumar (PH-Batu Gajah) mengenai persediaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melibatkan Program Podium, Syed Saddiq berkata tanggapan program itu gagal mencapai sasaran adalah tidak tepat kerana misi program tersebut adalah untuk memburu pingat emas pertama dalam Olimpik.

“Program Podium sedang disusun semula berdasarka­n prestasi dan pencapaian di temasya Sukan Komanwel Gold Cost 2018 dan Sukan Asia Jakarta 2018. Satu ‘post mortem’ telah dilaksanak­an oleh Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.

“Program ini (podium) akan diteruskan dengan penggunaan dana yang lebih kecil dan pihak kementeria­n mengambil langkah penambahba­ikan dengan memfokuska­n kepada sukan-sukan berpotensi memenangi pingat seperti sukan badminton, karate, terjun dan berbasikal,” katanya.

Syed Saddiq berkata penumpuan secara terperinci turut diberikan kepada latihan dan pertanding­an antarabang­sa, perkhidmat­an sains dan perubatan sukan spesifik, kejurulati­han dan teknologi sukan yang merupakan aspek tumpuan menjelang persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia