Utusan Borneo (Sarawak)

J Deepak dedahkan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen semalam menggesa Kementeria­n Dalam Negeri mengambil keterangan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pendedahan terbaru bahawa mereka terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ramkarpal Singh ( PHBukit Gelugor) berkata pendedahan berkenaan dibuat ahli perniagaan J Deepak yang dahulunya didakwa mempunyai hubungan baik dengan pasangan berkenaan melalui satu wawancara yang dimuat naik di Internet baru-baru ini, namun rakaman tersebut dipadamkan kemudianny­a.

Katanya, apa yang ditimbulka­n Deepak dalam wawancara berkenaan penting bagi kes berkenaan kerana ia dipercayai akan dapat menentukan motif di sebalik pembunuhan model warganegar­a Mongolia berkenaan.

“Deepak telah nyatakan secara jelas dan terang bahawa Pekan adalah terlibat dalam pembunuhan ( Altantuya), beliau nyatakan secara langsung bahawa Pekan dan isterinya adalah secara langsung terlibat, ini adalah pernyataan Deepak.

“Ini satu perkara penting kerana ia berlaku lebih 10 tahun lalu, adakah Polis Diraja Malaysia tidak cekap sehingga mereka tak dapat siasat dan menentukan siapa yang arahkan pembunuhan itu,” katanya ketika mem-

Pendedahan serius ini tidak dijawab isteri Pekan, beliau tidak membuat laporan polis (atau) berbuat apa-apa untuk nafikan dakwaan yang serius ini, ini merupakan satu petunjuk yang boleh selesaikan motif di belakang kes Altantuya.” Ramkarpal Singh PH-Bukit Gelugor

bahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut, Ramkarpal yang mewakili keluarga Altantuya dalam tindakan sivil mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang akan dibicaraka­n Januari tahun depan berkata Rosmah se- patutnya membuat laporan polis sekiranya apa yang didedahkan Deepak dalam wawancara berkenaan adalah fitnah.

“Pendedahan serius ini tidak dijawab isteri Pekan, beliau tidak membuat laporan polis (atau) berbuat apa-apa untuk nafikan dakwaan yang serius ini, ini merupakan satu petunjuk yang boleh selesaikan motif di belakang kes Altantuya,” katanya yang turut menggesa keterangan Deepak diambil pihak polis.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam dengan kepalanya dilapor ditembak sebelum badannya diletupkan dengan bom C4.

Kes berkenaan selepas dibicaraka­n mendapati dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Najib yang juga merupakan perdana menteri ketika itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Ramkarpal berkata tindakan sewajarnya perlu diambil supaya ia selari dengan frasa peraturan perundanga­n yang ditekankan kerajaan Pakatan Harapan untuk ditegakkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUS BERTUGAS: Najib ketika hadir pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama TERUS BERTUGAS: Najib ketika hadir pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia