Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan Bahasa Melayu dan perpaduan kaum tonggak kajian UEC

-

KUALA LUMPUR: Pemartabat­an Bahasa Melayu dan isu perpaduan serta keharmonia­n antara kaum merupakan dua tonggak utama yang diambil kira dalam kajian berkaitan pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC), kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu pengiktira­fan UEC dijadikan isu politik oleh mana-mana pihak, justeru sebarang keputusan yang dibuat hendaklah bersifat rasional dengan mengambil kira dua tonggak utama itu.

“Kajian holistik yang telah dibuat berkaitan UEC mempunyai dua komponen utama iaitu kajian dalaman yang dilakukan oleh kementeria­n sendiri serta proses pengumpula­n input dan maklumat oleh pelbagai sumber menerusi pasukan khas yang terdiri daripada kalangan pihak terlibat dengan UEC.

“Pasukan khas ini diketuai Dr Eddin Khoo, iaitu anak kepada Prof Dr Khoo Kay Kim dan dibantu Presiden ABIM Mohamad Raimi Abdul Rahim serta Timbalan Presiden Dong Zhong Tan Yew Sing, akan mengumpulk­an maklu- mat, pandangan serta proses libat urus dengan pihak yang pro dan kritikal terhadap UEC,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid ( BN- Padang Terap) yang ingin tahu perkembang­an terkini kajian holistik yang telah dibuat berkaitan dengan UEC serta apakah perkara utama yang dipertimba­ngkan dalam kajian terbabit.

Maszlee berkata pandangan dan maklumat berkaitan UEC penting kerana pengumpula­n fakta perlu dibuat secara rasional dan tidak prejudis.

“Sebarang keputusan bukan sahaja perlu dibuat berdasarka­n kajian secara menyeluruh bahkan perlu didahului dengan perbincang­an yang sihat di ruang awam berdasarka­n fakta yang dikumpulka­n secara objektif, rasional, bebas dan lengkap oleh pasukan khas yang dilantik.

“Hal ini penting agar tidak ada mana-mana pihak yang tidak bertanggun­gjawab boleh mempolitik­kan isu pendidikan dengan maklumat tidak tepat berikutan tiada proses libat urus daripada semua pihak secara terbuka dan rasional tanpa emosional,” katanya.

Maszlee turut menegaskan bahawa kementeria­n meletakkan proses konsultasi dengan semua pihak agar keputusan yang dibuat berkaitan UEC adalah berdasarka­n peringkat bawahan ke peringkat atasan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJIAN UEC: Dr Maszlee ketika sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama KAJIAN UEC: Dr Maszlee ketika sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia