Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilikan tapak pasar pertanian oleh warga asing perlu dikaji

-

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankua­sa baharu di peringkat tertinggi Kabinet perlu diwujudkan bagi mengkaji lambakan warga asing yang memiliki, antara lain, tapak pasar pertanian dan kebun kecil di dalam negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kementeria­nnya tidak boleh bertindak bersendiri­an dan memerlukan kerjasama kementeria­n lain bagi menangani isu berkenaan secara holistik.

Katanya, fungsi jawatankua­sa yang dicadangka­n ini berbeza dengan jawatankua­sa Kabinet sedia ada yang dipengerus­ikan Menteri Dalam Negeri bagi mengawal kemasukan pekerja asing.

“Di MOA, paling kita mampu ialah menyediaka­n kemudahan terbaik, kita hanya mampu berikan segala kemudahan berdasarka­n peruntukan yang kita ada untuk galakkan anak-anak muda tempatan terlibat dalam industri ini.

“Tetapi kalau ada lambakan orang asing tanpa kawalan dan pemberian sewa dan pemilikan bangunan yang begitu longgar itu, saya rasa kita perlu bincang di peringkat Kabinet lebih besar,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri M Saravanan ( BN- Tapah) yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam mengawal pemilikan kebun kecil sehingga ke tapak perniagaan oleh warga asing yang disifatkan sangat bahaya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Saravanan mengenai cadangan kementeria­n dalam meningkatk­an pendapatan golongan muda dalam bidang pertanian, Salahuddin berkata antara lain kerajaan akan melancarka­n Majlis Agropreneu­r Muda, satu platform baharu selepas Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2018 (MAHA 2018) diadakan pada 22 Nov sehingga 2 Dis ini.

“Ini satu platform besar untuk tarik golongan muda, kita akan berikan kebebasan untuk mereka sama ada untuk memimpin atau untuk merangka strategi atas kapasiti mereka sendiri untuk majukan peranan belia dalam bidang pertanian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia