Utusan Borneo (Sarawak)

Ratifikasi enam triti hak asasi kerajaan ambil kira suara rakyat

-

KUALALUMPU­R: Kerajaan menegaskan proses ratifikasi enam triti hak asasi manusia akan dilaksanak­an dengan menghormat­i sepenuhnya Perlembaga­an Persekutua­n, kepelbagai­an agama dan kaum di negara ini serta mengambil kira suara rakyat terutama dalam isu-isu sensitif.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata proses ratifikasi Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang kini diteliti kerajaan, akan juga mengambil kira keserasian konvensyen berkenaan dengan sistem perundanga­n di Malaysia.

“Berkenaan dengan ratifikasi, proses ini akan berbeza bergantung kepada faktor seperti keserasian konvensyen itu dengan sistem perundanga­n Malaysia dan keperluan untuk mengadakan perbincang­an menyeluruh dengan pihak berkepenti­ngan bagi setiap konvensyen hak asasi manusia.

“Jawatankua­sa teknikal telah ditubuhkan untuk mengkaji penyertaan Malaysia, jawatankua­sa ini dipengerus­ikan oleh agensi-agensi peneraju yang secara lazimnya merangka dan menyelia dasardasar konvensyen tersebut,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang meminta penjelasan kementeria­n sama ada telah bersetuju untuk meratifika­si enam resolusi hak asasi manusia berkenaan dan sama ada pihak pembangkan­g turut dilibatkan dalam jawatankua­sa yang dibentuk untuk meneliti ratifikasi triti berkenaan.

Pada Julai, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berjanji untuk berusaha meratifika­si enam konvensyen hak asasi manusia antarabang­sa yang masih belum ditandatan­gani, iaitu Konvensyen Antarabang­sa Menentang Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum; Perjanjian Antarabang­sa Hak Sivil dan Politik; dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penderaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikem­anusiaan atau Menjatuhka­n Martabat.

Konvensyen lain yang belum diratifika­si adalah Perjanjian Antarabang­sa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan; Konvensyen Antarabang­sa mengenai Perlindung­an Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga; serta Konvensyen Antarabang­sa bagi Perlindung­an Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata kerajaan Pakatan Harapan mengambil pendekatan berbeza dengan pentadbira­n lama berhubung isu ratifikasi triti tersebut.

“Ratifikasi ini dilihat sebagai garisan penamat dan bukan sempadan yang tidak boleh didekati dan perkara penting ini perlukan perbin- cangan terbuka semua pihak dan bukan dialog tertutup oleh pihak- pihak tertentu sahaja.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tekankan di Persidanga­n PBB bahawa kita beri masa kepada semua pihak untuk membahaska­n ratifkasi ini untuk diputuskan berdasarka­n demokrasi, kerajaan juga akan menjalanka­n proses ini dengan menghormat­i sepenuhnya perlembaga­an Persekutua­n, kepelbagai­an agama dan kaum di Malaysia dan suara rakyat mengenai isu sensitif,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) Marzuki berkata kerajaan tidak menetapkan jangka masa spesifik untuk menetapkan keputusan berhubung ratifikasi enam triti berkenaan.

“Ia lebih bergantung kepada keperluan, jadi kita tidak akan tetapkan masa dan waktu bila dan di mana kita akan tandatanga­ni ratifikasi ini,” jelasnya.

Menurut Marzuki, kajian mengenai penyertaan Malaysia ke instrumen antarabang­sa hak asasi manusia itu sedang giat dijalankan oleh Kumpulan Kerja Teknikal yang ditubuhkan di bawah Jawatankua­sa Antara Kementeria­n dan Agensi mengenai Isu-isu Hak Asasi Manusia.

“Bagi tujuan mengkaji ratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia antarabang­sa, kerajaan menubuhkan enam Jawatankua­sa Kecil Teknikal yang diterajui kementeria­n atau agensi seperti Kementeria­n Dalam Negeri; Kementeria­n Sumber Manusia; Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Kementeria­n Luar Negeri mengikut bidang kuasa mereka berkaitan dengan intipati konvensyen hak asasi manusia antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata beberapa siri mesyuarat antara agensi kerajaan telah diadakan bagi memastikan peruntukan sedia ada dalam konvensyen antarabang­sa tersebut serasi dan tidak bercanggah dengan undang- undang domestik sedia ada selain perbincang­an secara berkala melibatkan masyarakat dan badan bukan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia