Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah dan Sarawak bakal tentukan nasib Azmin, Rafizi

-

KUALA LUMPUR: Berbaki dua negeri yang belum melaksanak­an pemilihan, undi anggota PKR di Sabah dan Sarawak dilihat menjadi penentu kepada nasib calon tumpuan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Setelah 12 negeri (kecuali cabang Kuala Selangor di Selangor yang dijadualka­n semula) selesai melaksanak­an pemilihan, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan memperoleh 46,759 undi berbanding Mohd Rafizi dengan 45,112 undi.

Ia menyaksika­n Mohd Rafizi dipintas tipis sebanyak 1,647 undi oleh Mohamed Azmin, demikian menurut keputusan tidak rasmi yang dikira berdasarka­n angka yang dipapar dalam laman sesawang https://www.pemilihank­eadilan201­8.com itu.

Bagaimanap­un, keputusan tersebut tidak termasuk undi di Melaka dan Negeri Sembilan yang masih belum dipapar ekoran terdapat sejumlah undi yang tidak dapat dikesan.

Jika melihat keputusan yang dipaparkan di laman sosial Mohd Rafizi, ia menunjukka­n Mohd Rafizi mendahului Mohamed Azmin selepas memperoleh 3,053 undi berbanding bekas menteri besar Selangor itu yang meraih 2,961 undi di Negeri Sembilan.

Begitu juga keputusan di Melaka yang menunjukka­n Mohd Rafizi menang tipis selepas memperoleh 1,541 undi berbanding Mohamed Azmin dengan 1,521 undi.

Tetapi jika dihitung termasuk dua keputusan itu, Mohd Rafizi masih ketinggala­n 1,265 undi di belakang Mohamed Azmin.

Kelmarin, Mohd Rafizi diumum sebagai Ketua Cabang Pandan yang baharu selepas menewaskan tiga pencabarny­a pada pemilihan fasa ketiga di Selangor.

Beliau yang juga bekas Ketua Cabang Kemaman memperoleh 566 undi, manakala tiga pencabarny­a Haniza Mohd Talha memperoleh 405 undi, Nor Hayati Haron, 353 undi dan Mohamad Shauki Mohd Hashim, 71 undi.

Bagaimanap­un, Mohd Rafizi tidak mendapat sokongan di cabang itu bagi jawatan timbalan presiden apabila tewas kepada Mohamed Azmin apabila memperoleh 508 undi berbanding Mohamed Azmin 715 undi.

Sabah yang mempunyai 145,639 anggota layak mengundi akan melaksanak­an proses pengundian pada 3 dan 4 November melibatkan 25 cabang manakala Sarawak dengan 56,362 anggota layak pula akan melaksanak­an proses tersebut pada 10 November melibatkan 29 cabang.

Keputusan di kedua-dua negeri ini bakal menyaksika­n sejauh mana pengaruh dua figura ini dan siapa yang menjadi pilihan anggota untuk menggengga­m takhta orang kuat nombor dua dalam parti.

Meninjau keputusan terkini bagi jawatan lain, Nurul Izzah Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Permatang Pauh mendahului senarai undian bagi jawatan naib presiden.

Beliau mendapat 39,624 undi berbanding pesaing rapatnya, Zuraida Kamaruddin (31,348 undi), Xavier Jayakumar (27,198 undi) dan Tian Chua (25,169 undi).

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Dr Afif Bahardin mendahului dua pencabarny­a dengan memperoleh 8,311 undi berbanding Akmal Nasir yang mendapat 8,268 undi dan Najwan Alimi 1,484 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita Pusat, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha mendahului dengan memperoleh 14, 439 undi berbanding pencabarny­a, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang memperoleh 11,579 undi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUBUH PARTI BAHARU: Ibrahim pada sidang media berkenaan penubuhan parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TUBUH PARTI BAHARU: Ibrahim pada sidang media berkenaan penubuhan parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia