Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa diharap bantu Kelantan mendapatka­n royalti petroleum

-

KOTA BHARU: Wakil tunggal Pakatan Harapan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ( PHAir Lanas) diharap dapat membantu negeri berkenaan mendapatka­n pembayaran royalti yang tertangguh sejak sekian lama.

Ab Aziz Yusof (BN-Nenggiri) berkata, Mustapa kini boleh menjadi ‘ mata dan telinga’ kepada kerajaan persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas bertindak keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Jumaat lepas.

“Kalau dahulu kita katakan bahawasany­a Air Lanas yang menyekat pembayaran royalti ke Kelantan, dan hari ini kita minta Air Lanas berubah fikiran.

“Biarlah Air Lanas membantu mempercepa­tkan pembayaran royalti kepada Kelantan,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan 2019 yang dibentangk­an di persidanga­n DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Ucapan Ab Aziz itu kemudianny­a disambut tepukan meja oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersetuju dengan cadangan tersebut.

Mustapa, yang juga Ahli Parlimen Jeli bagaimanap­un tidak hadir pada hari pertama persidanga­n tersebut semalam.

Ab Aziz turut berharap selepas royalti dibayar kepada Kelantan, tidak timbul lagi soal meminta bantuan daripada kerajaan persekutua­n untuk membayar gaji kakitangan awam mahupun menampung kekurangan mengurus yang dihadapi oleh negeri berkenaan sejak beberapa tahun kebelakang­an.

“Bila Kelantan dapat royalti, ADUN-ADUN pembangkan­g juga diberi peruntukan sebagaiman­a yang dijanjikan menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) sebelum ini, dan diharapkan ketua pembangkan­g juga dibayar elaun sebagaiman­a di negeri-negeri lain,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan mempunyai 45 DUN dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh kerusi dikuasai UMNO dan satu kerusi mewakili PH.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, PH gagal menawan sebarang kerusi yang dipertandi­ngkan di Kelantan. Bagaimanap­un penyertaan Mustapa memberi ruang kepada PH untuk bertapak di negeri ini menerusi kerusi DUN Air Lanas dan Parlimen Jeli yang diwakili bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu.

Persidanga­n DUN tiga hari yang bermula semalam akan bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia