Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka mesti ‘bersih’ dan mampu mendukung budaya politik PH

-

ALOR SETAR: Pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka ‘bersih’ dan mampu mendukung budaya politik baharu Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, walaupun BERSATU telah menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat menyertai parti itu termasuk anggota dan pemimpin UMNO, namun perlu memenuhi syaratsyar­at tertentu.

“Ya, ia akan mengukuhka­n parti di mana sekarang ni pun kita (BERSATU) sudah ada 14 wakil dalam Parlimen dan (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad pun menyatakan kesediaan untuk menerima siapa sahaja yang berminat untuk menyertai BERSATU tetapi kenalah memenuhi syarat-syarat tertentu.

“Maknanya kita tidaklah terlalu terbuka hinggakan Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim), Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), saya ingat dalam senarai ini tak akan kami pertimbang­kan, jadi yang lain-lain jika berminat kami alu-alukan,” katanya.

Mukhriz yang juga menteri besar Kedah berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan jersi Pasukan Bola Sepak Wanita Kedah bersempena Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 di sini, semalam.

Sabtu lepas, Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Datuk

Maknanya kita tidaklah terlalu terbuka hinggakan Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim), Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), saya ingat dalam senarai ini tak akan kami pertimbang­kan, jadi yang lain-lain jika berminat kami alu-alukan. Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Timbalan Presiden BERSATU

A. Kadir Jasin mendakwa kira-kira 40 ahli Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungk­inan akan meninggalk­an parti itu dan menyertai BERSATU.

Dalam pada itu, Mukhriz menyokong penuh Ahli Par- limen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri menyertai BERSATU selepas keluar dari UMNO pada 18 September lepas.

“Datuk Mustapa Moha- med sebagai contoh tokoh pemimpin yang terkenal, berwibawa, profesiona­l dan saya sendiri pun pernah berkhidmat di bawah beliau sebagai timbalanny­a dan saya tahu dia dan sebab itu bila kami (pemimpin BERSATU) berbincang dan tanpa memikir panjang kami menerima dia menjadi ahli,” katanya.

Berhubung kejohanan bola sepak wanita itu yang bermula pada 3 November ini di Gambang, Pahang, beliau berharap pasukan negeri dapat membawa pulang piala kejohanan setelah meraih tempat ketiga dan kedua pada pertanding­an 2016 dan 2017 sebelum ini.

“Kita yakin dengan pemain kita, kerana kita juga dibarisi lima pemain kebangsaan yang ini menunjukka­n mereka berada di prestasi tertinggi, disokong pula anggota pasukan yang bermain sebagai satu pasukan,” katanya. — Bernama

SPRM disaran siasat 40 anggota UMNO yang akan sertai BERSATU

TAIPING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menyiasat dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO diramal keluar parti dan menyertai BERSATU bagi mengelakka­n kemungkina­n terdapatny­a unsur rasuah.

Naib Pengerusi DAP Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, langkah itu perlu kerana dibimbangi jika ia ada melibatkan janji tawaran jawatan dan sebagainya.

Katanya, daripada segi undang-undang tiada peruntukan yang boleh menyekat penghijrah­an wakil rakyat pembangkan­g ke parti dalam kerajaan.

“Namun begitu dari segi moral, perkara ini tidak baik jika benar kerana mereka dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket parti asal dan jika mereka melompat sesuka hati, senario ini tidak sihat untuk kestabilan politik negara.

“Apakah janji dibuat ke- pada mereka dan adakah tawaran jawatan dan sebagainya? Spekulasi ini saya fikir mungkin SPRM boleh siasat dan teliti perkembang­annya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjun­g Malaysia ( Keptan) di sini semalam.

Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri mengulas kenyataan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin yang mendakwa kesemua anggota UMNO itu dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan kepimpinan tertinggi parti.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, penghijrah­an wakil rakyat UMNO beramai-ramai ke dalam parti dalam Pakatan Harapan perlu ditangani dengan baik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SWAFOTO: Mukhriz (belakang, tiga kiri) berswafoto bersama pemain pasukan bola sepak wanita Kedah pada Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak Wanita Kedah sempena Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 di Wisma Darulaman di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama SWAFOTO: Mukhriz (belakang, tiga kiri) berswafoto bersama pemain pasukan bola sepak wanita Kedah pada Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak Wanita Kedah sempena Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 di Wisma Darulaman di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia