Utusan Borneo (Sarawak)

RoS sedang teliti perlembaga­an PUTRA

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) sedang meneliti perlembaga­an Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sebelum meluluskan pendaftara­nnya, kata Presiden Penaja PUTRA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) bagi pendaftara­n PUTRA telah dipenuhi dan RoS sedang meneliti perlembaga­an parti itu bagi memastikan tidak timbul bantahan daripada anggota parti pada masa akan datang.

“RoS akan panggil semula (jawatankua­sa penaja) dalam dua ke tiga hari lagi untuk mengemas kini dan membuat pembetulan (pada perlembaga­an),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan RoS.

Ibrahim dan beberapa anggota jawatankua­sa penaja Putra hari ini bertemu dengan Ketua Pengarah RoS Masyati Abang Ibrahim di ibu pejabat RoS di sini, bagi membincang­kan perkembang­an permohonan pendaftara­n parti tersebut, yang dimohon lebih dua bulan lepas.

Ditanya sama ada PUTRA akan bekerjasam­a dengan mana-mana parti lain selepas pendaftara­nnya diluluskan kelak, beliau berkata, perkara itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat agung pertama parti itu nanti.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang terkejut dengan keputusan itu berkata: “Saya ingatkan dia (Mustapa) orang terakhir yang akan meninggalk­an UMNO sebab darah daging dia dengan jawatan yang dipegang selama ini ialah UMNO.”

Ibrahim bagaimanap­un berkata, penyertaan Mustapa yang lebih kenali sebagai Tok Pa ke dalam BERSATU tidak akan memberi impak yang besar kepada senario politik Kelantan.

Katanya, Mustapa telah menerajui UMNO Kelantan dalam beberapa pilihan raya umum namun gagal menambah jumlah kerusi dimenangi parti tersebut di negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia