Utusan Borneo (Sarawak)

Zuraida mahu tindakan segera terhadap dakwaan penyelewen­gan dalam pemilihan PKR

-

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam menyeru agar tindakan serius dan pantas diambil terhadap dakwaan berlaku penyelewen­gan dalam pemilihan peringkat cabang PKR yang berakhir baru-baru ini bagi mengelak terus berlaku kelewatan dalam proses pemilihan.

Beliau juga meminta para pemimpin parti itu supaya berhenti daripada bersikap gemar membuat penafian apabila dakwaan serius dibuat terhadap PKR dan pemilihan di beberapa tempat belum selesai diadakan.

Dakwaan yang dibuat ialah berkaitan amalan politik wang, kehilangan undi dan malah, penggunaan alat penyekat talian Internet bagi melakukan sabotaj terhadap proses pemilihan, katanya. “Saya tidak terperanja­t ia (pemilihan) diadakan begitu awal di tempat lain. Tapi, saya sungguh terperanja­t apabila mereka membatalka­n pemilihan bagi Kuala Selangor, se- suatu yang amat melemahkan semangat orang Kuala Selangor kerana mereka sudah menyusun dan membuat persiapan yang memerlukan banyak usaha… kemudian kami perlu mengadakan­ya semula, ini sesuatu yang amat tidak boleh diterima,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Zuraida berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan parti itu membatalka­n pemilihan bagi cabang PKR Kuala Selangor kelmarin setelah timbul dakwaan bahawa alat penyekat Internet digunakan bagi melakukan sabotaj terhadap proses pemilihan.

Beliau tidak menolak kemungkina­n pemilihan baharu akan diadakan di Melaka susulan laporan berlaku kehilangan undi akibat kelemahan sambungan Internet. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAHU TINDAKAN SEGERA: Zuraidah ketika sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MAHU TINDAKAN SEGERA: Zuraidah ketika sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia