Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli ikat Roma 1-1 hasil gol penyamaan lewat Mertens

-

LONDON, England: Manchester United mengurangk­an tekanan ke atas pengurusny­a, Jose Mourinho apabila menewaskan Everton 2-1 di Old Trafford ketika Chelsea memintas Manchester City ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Burnley 4-0 Ahad lepas.

Rekod 11 kemenangan berturut-turut Arsenal berakhir apabila dua penalti Luka Milivojevi­c membantu Crystal Palace mengikat kedudukan 2- 2 di Selhurst Park pada perlawanan lain.

Perlawanan Ahad lepas diselubung­i dengan siasatan kemalangan helikopter malam Sabtu lepas yang difahamkan mengorbank­an pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhan­aprabha.

Pemain menyarung lilitan hitam di lengan dan bertafakur seminit sebelum sepak mula semua tiga perlawanan Ahad lepas.

Ada suasana ceria di Old Trafford di mana 12 kanakkanak lelaki Thailand yang diselamatk­an dari terperangk­ap dalam gua pada bulan Julai, hadir menonton perlawanan dan menerima tepukan dari penonton.

Kekalahan kelima United musim ini – kepada Juventus dalam Liga Juara-Juara Selasa lepas meletakkan kedudukan Mourinho dalam bahaya.

Tetapi beliau mendapat sedikit t u a h

y a n g diperl u k a n apabila t e n d - angan penalti Paul Pogba berjaya ditepis penjaga gol Jordan Pickford tetapi beliau berjaya menyempurn­akan bola muntah untuk membuka jaringan.

“Saya berasa gembira sekali lagi,” kata Mourinho. “Ia satu per- l a w a n a n

yang kami tidak perlu menderita seperti pada beberapa minit terakhir.” Penyokong United bagaimanap­un masih tidak gembira dengan Pogba, selepas ejekan selepas beliau mahu mengambil penalti. “Saya sentiasa akan cuba mengganggu fokus penjaga gol, mungkin mereka tahu saya akan mengambiln­ya, mungkin saya seharusnya mengubah cara saya mengambiln­ya jika penjaga gol tahu cara saya,” kata Pogba.

Namun umpanan Pogba kepada Anthony Martial untuk gol kedua empat minit selepas rehat mengembali­kan sokongan penyokong kepadanya.

Tetapi satu lagi kesilapan Pogba membantu Everton merapatkan kedudukan dengan Gylfi Sigurdsson menyempurn­akan tendangan penalti selepas Chris Smalling mengasari Richarliso­n dalam kotak penalti.

Chelsea kelihatan lebih selesa berbanding United untuk merapati kedudukan dengan kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool walaupun ketiadaan peny- erang utama, Eden Hazard kerana kecederaan.

Alvaro Morata, Ross Barkley, Willian dan Ruben Loftus-Cheek menjaringk­an gol untuk mengurangk­an kebimbanga­n kebergantu­ngan gol kepada Hazard.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, masih belum tewas sejak dilantik sebagai pengurus kelab beberapa minggu sebelum bermulanya musim baharu dan beliau juga gembira dengan aksi benteng pertahanan­nya yang lebih baik berbanding beberapa minggu yang lalu.

“Kami dalam masalah untuk 10 minit pertama kerana Burnley bermula dengan sangat agresif,” kata Sarri.

“Kemudian kami mula menggerakk­an bola dengan lebih baik dan juga bertahan lebih bagus berbanding pada tiga perlawanan terakhir, jadi kami berasa gembira dengan keputusan ini.”

Tempoh 10 kemenangan berturut- turut membangkit­kan harapan Arsenal untuk mencabar kejuaraan liga musim ini tetapi kegopohan di benteng pertahanan sekali lagi ditunjukka­n dengan terjahan keras oleh Skhodran Mustafi dan Granit Xhaka untuk memberikan Milivojevi­c peluang menjaringk­an gol penyamaan.

Di antara tendangan penalti Milivojevi­c, Xhaka menjaringk­an gol kedua dari satu tendangan percuma cantik sebelum gol kontrovers­i Pierre- Emerick Aubameyang, yang menyempurn­akan satu tolakan bola dengan tangan oleh Alexandre Lacazette untuk membuka jaringan. — AFP ROM, Itali: Dries Mertens menjaringk­an gol penyamaan lewat untuk memastikan Napoli seri 1-1 dengan AS Roma, yang menyaksika­n skuad kendalian Carlo Ancelotti itu merapatkan jurang di belakang pendahulu Serie A Itali, Juventus, dengan enam mata.

Selepas melihat PSG mengikat kedudukan 2- 2 pada aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, kali ini, Napoli pula yang terpaksa menjaringk­an gol penyamaan.

Stephan El Shaawary membuka jaringan buat Roma, yang membayangk­an tiga mata penuh sebelum Mertens mengikat kedudukan pada minit ke-90.

Juventus menewaskan Empoli 2-1 menerusi dua gol Cristiano Ronaldo pada perlawanan hari Sabtu.

Tetapi Napoli sekarang belum tewas dari lima perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an sejak tewas 1-3 kepada Juventus pada bulan September.

Pada perlawanan awal, Gonzalo Higuain menjaringk­an gol penyamaan penting sebelum Suso menjaringk­an gol kemenangan ketika AC Milan menewaskan Sampdoria 3-2.

Jurulatih Milan, Gennaro Gattuso dalam keadaan tertekan selepas tewas kepada Inter minggu lepas dan tewas 1-2 kepada Real Betis dalam aksi Liga Europa pada hari Khamis.

Tetapi kemenangan Ahad lepas melegakan walaupun ketinggala­n 13 mata di belakang Juventus.

“Tekanan itu normal apabila anda tewas kepada Inter dan kemudian dalam aksi Liga Europa,” kata Gattuso.

“Saya mencuba menambah kualiti kepada apa yang anda dalam pasukan. Anda tidak dapat menewaskan Sampdoria dengan usaha dan kami menjaringk­an tiga gol untuk menang. Ia satu perlawanan yang hebat.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI MENINGKAT: Barkley (kiri) melepaskan rembatan ke arah pintu gol Burnley ketika beraksi pada perlawanan liga di Turf Moor, Burnley Ahad lepas.
— Gambar AFP PRESTASI MENINGKAT: Barkley (kiri) melepaskan rembatan ke arah pintu gol Burnley ketika beraksi pada perlawanan liga di Turf Moor, Burnley Ahad lepas.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia