Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe memberikan respon segera, PSG menyamai rekod Spurs musim 1960/1961

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe memberi respon apabila digugurkan selepas bermula di bangku simpanan dan membuka jaringan apabila Paris Saint Germain (PSG) menang 2-0 di Marseille Ahad lepas untuk mencipta kemenangan ke-11 dari 11 perlawanan Ligue 1 Perancis musim ini dan menyamai satu rekod yang agak lama bertahan di Eropah.

Mbappe tidak diletakkan dalam senarai kesebelasa­n utama PSG oleh jurulatih Thomas Tuchel dengan penyiaran Canal Plus melaporkan tindakan itu sebagai hukuman selepas beliau hadir lewat untuk perbincang­an pasukan sebelum perlawanan.

Tetapi beliau dimasukkan pada minit ke-62 untuk menggantik­an Eric-Maxim ChoupoMoti­ng dan membuka jaringan tiga minit kemudian selepas menerima umpanan Angel Di Maria.

Ia adalah gol liga ke-10 Mbappe musim ini sebelum Julian Draxler melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

Kemenangan liga ke- 11 berturut-turut musim ini itu bermakna PSG menyamai rekod Tottenham Hotspur dari musim 1960/1961, rekod terbaik dari lima liga utama di Eropah.

“Ia adalah apa yang diperlukan oleh pasukan,” kata Mbappe.

“Pasukan hebat mengharapk­an pemimpin dan mereka perlu dapat membuat perbezaan pada saat penting. Saya boleh mengambil peranan itu dan itu yang saya lakukan hari ini.”

Kemenangan adalah satu pencapaian hebat buat Tuchel, walaupun jika ia dicemari oleh beberapa aksi hambar PSG dalam Liga Juara-Juara ter- masuk seri 2-2 dengan Napoli pada pertengaha­n minggu.

Tetapi beliau mengakui keputusan diselubung­i dengan keputusan menggugurk­an Mbappe dari kesebelasa­n utama, di mana beliau menjelaska­n ia satu langkah perlu.

“Saya tidak suka bermain tanpa Kylian. Saya tidak suka bermain tanpa beliau untuk perlawanan seperti ini,” katanya.

Kemenangan juga meletakkan PSG kini berkelebih­an lapan mata di singahsana liga berbanding Lille, yang menewaskan Caen 1-0 pada perlawanan hari Sabtu.

Marseille kekal di tangga kelima tetapi kini 14 mata di belakang PSG.

Marseille sekarang sudah gagal menewaskan PSG dari 18 pertemuan dalam semua pertanding­an sejak tujuh tahun yang lalu.

Ketika Neymar diturunkan dalam kesebelasa­n utama, Tuchel meletakkan Mbape dan Adrien Rabiot di bangku simpanan sementara Edinson Cavani tidak langsung berada dalam skuad bermain kerana kecederaan dan ini membolehka­n Choupo-Moting membuat penampilan kesebelasa­n utama beliau.

Di Maria hampir membuka jaringan lebih awal tetapi cubaan beliau ditepis penjaga gol Marseille, Steve Mandanda tidak lama sebelum rehat.

Ketegangan sentiasa memuncak pada perlawanan di antara kedua-dua pasukan dan penolong Tuchel, Arno Michels diperintah meninggalk­an tepi padang selain setiap kali Neymar mahu melakukan tendangan sudut, beliau dihujani objek kecil dibaling penonton.

Untuk mencari gol,Tuchel memasukkan Mbappe dan pertukaran itu membuahkan hasil apabila pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu membuka jaringan hanya beberapa minit selepas dimasukkan tetapi PSG memerlukan gol minit kecederaan untuk menamatkan saingan menerusi rembatan Draxler. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LICIK: Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Marseille, Boubacar Kamara sebelum menjaringk­an gol pada perlawanan di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas.
— Gambar AFP LICIK: Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Marseille, Boubacar Kamara sebelum menjaringk­an gol pada perlawanan di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Suarez (bawah) meraikan jaringan hatriknya bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Real di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.
— Gambar AFP CERIA: Suarez (bawah) meraikan jaringan hatriknya bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Real di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia