Utusan Borneo (Sarawak)

LTAM rangka program cari bakat baharu sukan tenis

-

KANGAR: Persatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTAM) merangka program ‘ First Serve’ bagi menggalakk­an pelajar berumur antara tujuh dan sembilan tahun yang berminat dengan sukan tenis untuk menyertain­ya secara serius.

Presidenny­a, Mirzan Tun Dr Mahathir berkata program itu dilaksanak­an dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan untuk memberi peluang kepada pelajar di seluruh negara yang berminat untuk belajar asas permainan tenis.

Guru-guru pula akan dilatih teknik-teknik asas untuk menjadi jurulatih murid-murid agar mencapai tahap terbaik sehingga dapat mewakili negara ke kejohanan bertaraf antarabang­sa kelak,” katanya ketik ditemui media selepas menyampaik­an hadiah perlawanan akhir Kejohanan 2nd ITF Perlis Junior Championsh­ip 2018 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

Seramai 91 pemain bawah 18 tahun dari 16 buah negara antaranya Australia, Ukraine, Jepun, Korea Selatan dan tuan rumah Malaysia menyertai kejohanan itu bermula 23 Okt lepas yang berakhir kelmarin.

Mirzan berkata LTAM akan menjelajah ke seluruh negara untuk menarik penyertaan murid-murid sekolah rendah menyertai program itu sebagai platform mencungkil bakat-bakat muda.

Perlawanan akhir menyaksika­n pemain kebangsaan Sara Alisha Nayar, 17, muncul juara perseorang­an perempuan selepas mengalahka­n pemain China, Xuanjin Li dalam tiga set 0-6, 6-3, 6-1.

“Saya tidak jangka boleh menang setelah kalah teruk pada set pertama. Bagaimanap­un, saya dapat balik rentak selepas memberi tumpuan pada set seterusnya untuk memenangi perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Menurut Sara Alisha beliau akan ke Bangkok, Thailand untuk menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan di Korea pada November ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia