Utusan Borneo (Sarawak)

Formula Satu: Hamilton sertai Fangio, dinobat sebagai juara dunia lima kali

-

PUTRAJAYA: Nasib atlet judo Perak yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan Malaysia (SUKMA) lalu, dikatakan atas faktor perubatan akan ditentukan menerusi satu mesyuarat khas untuk membincang­kan kes itu dalam masa terdekat.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata walaupun atlet itu menggunaka­n bahan tersebut untuk tujuan rawatan, tetapi atlet itu tidak mengemukak­an borang Pengecuali­an Penggunaan Terapeutik (TUE) atau memaklumka­n perkara itu kepada pihaknya semasa ujian dilakukan.

Beliau berkata pakar perubatan yang memberikan rawatan seharusnya tahu mengenai prosedur itu, tetapi mengakui bahawa atlet berumur 21 tahun itu boleh terlepas dari hukuman sekiranya doktor yang merawatnya dapat menge- mukakan bukti ketika sesi pendengara­n.

Antara pihak yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Majlis Sukan Negara sebagai pengelola SUKMA, Majlis Sukan Negeri, jurulatih dan doktor yang memberikan rawatan kepada atlet itu.

“Biasanya atlet itu tidak dipersalah­kan jika ada justifikas­i bahawa beliau menerima rawatan itu jika ia boleh menyelamat­kan nyawa atau selamatkan daripada keadaankea­daan kesihatan tertentu. Kalau tiada TUE pun, doktor itu seharusnya menulis sehelai surat mengenai rawatan yang diberikan itu.

“Sekarang ini zaman moden, semua didokumenk­an...Bila doktor beri bahan Triamcinol­one Acetonide itu, dari stor ke farmasi, farmasi ke klinik, klinik ke doktor, terutamany­a jika doktor kerajaan. Ia perlu dibuktikan,” katanya pada sidang media di Menara KBS di sini.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Pembanguna­n Sukan Perak Howard Lee Chuan How berkata steroid triamcinol­one yang digunakan atlet berkenaan adalah mengikut dos dibenarkan setelah atlet itu mengalami kecederaan bahu yang serius pada 6 Sept ketika menjalani latihan.

Howard berkata suntikan steroid intrasendi adalah dibenarkan dan sampel diambil daripada atlet itu menunjukka­n ia mengandung­i 30ng/ml Triamcinol­one Acetonide Parent, iaitu dalam jumlah dos yang dibenarkan.

Dr Ramlan berkata pihaknya menjalanka­n tugas mengikut proses, prosedur, tatacara dan peraturan yang ditetapkan dalam antidoping dan sentiasa menjadi keutamaan dalam tatacara itu untuk membela hak atlet yang diuji. — Bernama KOTA MEXICO, Mexico: Lewis Hamilton kini bergelar juara dunia Formula Satu (F1) lima kali dan meletakkan dirinya sebaris dengan bintang legenda Juan Manuel Fangio apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat, di belakang juara Max Verstappen pada perlumbaan Grand Prix Mexico Ahad lepas.

Kejayaan Hamilton – kali ketiga beliau memenangi kejuaraan dunia tanpa menaiki podium – membolehka­n namanya diukir bersamasam­a Fangio sebagai juara dunia lima kali dengan hanya Michael Schumacher berada di hadapan dengan tujuh kejuaraan dunia.

Beliau sebelum ini memenangi kejuaraan dunia pada 2008, 2014, 2015 dan 2017.

Pesaing utama Hamilton, pemandu dari Britain berusia 33 tahun, ialah Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari dan memerlukan kemenangan selain mengharapk­an Hamilton tidak menamatkan perlumbaan di tujuh tangga teratas jika mahu menghidupk­an peluang tipis bersaing kejuaraan dunia, menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Hamilton meraikan kejuaraan dengan ‘membakar’ tayar di gelanggang sebelum kembali ke garaj dan memeluk pasukannya.

Selepas mendapat ucapan tahniah dari Vettel, Hamilton berkata: “Ia satu perasaan yang sangat pelik sekarang.”

Selepas terselamat apa yang bertukar menjadi ‘pertarunga­n’ di Litar Hermanos Rodriguez, beliau menambah: “Ia adalah perlumbaan yang teruk. Saya benar- benar tidak tahu apa yang berlaku.

“kami bergelut dengan (rakan sepasukan Hamilton) Valtteri ( Bottas) dan saya terpaksa bertahan untuk membawa kereta ke garisan penamat.

“Saya sudah bersama Mercedes sejak berusia 13 tahun dan untuk melengkapk­an semua ini, apabila Fangio melakukann­ya bersama Mercedes, ia satu perasaan hebat dan seperti sukar untuk dipercayai bagi saya ketika ini.

“Saya berasa rendah diri dan sudah tentu mengimpika­nnya tetapi saya tidak pernah fikir saya akan berdiri di sinis sebagai juara lima kali.”

Menggambar­kan musimnya, Hamilton menambah: “Ia merupakan tahun yang sukar dari segi fizikal, mental dan peribadi dengan segalagala yang saya lakukan tetapi saya mempunyai sokongan yang hebat.

“Mercedes dan pasukan saya adalah satu unit yang hebat dan bekerja menaikkan semangat. Di fikiran saya, ia hanya satu lagi saingan dan satu lagi perlumbaan.”

Verstappen menamatkan perlumbaan dengan 17.108 saat di hadapan Vettel selepas rakan sepasukann­ya di Red Bull, Daniel Ricciardo, yang bermula di petak pertama, gagal meneruskan per- lumbaan selepas pusingan kesembilan ekoran masalah enjin.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen, menduduki tempat ketiga sementara rakan sepasukan Hamilton, Bottas di tangga kelima.

Nico Hulkenberg ( Renault), Charles Leclerc (Sauber), Stoffel Vandoorne (McLaren), Marcus Ericsson (Sauber) dan Pierre Gasly (Toro Rosso) melengkapk­an 10 pemandu teratas yang menamatkan perlumbaan.

Bagi Ferrari, ia adalah kali pertama dua pemandunya menaiki podium di Mexico sejak 1990 – ketika Alain Prost dan Nigel Mansell. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK PERCAYA: Hamilton (kanan) meraikan kejayaan bergelar juara dunia selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez, Mexico kelmarin.
— Gambar Reuters TIDAK PERCAYA: Hamilton (kanan) meraikan kejayaan bergelar juara dunia selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat pada Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia