Utusan Borneo (Sarawak)

MFL bentuk badan pengadilan bebas musim depan: TMJ

-

JOHOR BAHRU: Liga Bola Sepak Malaysia ( MFL) memutuskan akan mewujudkan Badan Pengadilan Bebas bermula musim depan bagi memperting­katkan standard pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi MFL, Tunku Mahkota Johor ( TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebookny­a, semalam.

Menurutnya, pengadil tempatan dan pengadil asing dari Jepun, England dan beberapa negara lain antara yang turut terlibat dalam badan pengadilan berkenaan.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga turut sepakat untuk memulakann­ya menjelang musim depan, kami juga akan menghantar 25 pengadil baharu ke Jepun untuk meningkatk­an kualiti pengadilan.

“Pengadil tempatan dan pengadil asing akan bekerjasam­a selain perancanga­n juga sedang dilakukan untuk mengadakan kursus pengadil oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Tunku Ismail, dalam catatan akaun Twitter rasminya, baru-baru ini, membidas mutu pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC dan Perak di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas.

Bekas presiden FAM itu berkata MFL pernah menyatakan hasrat untuk membawa pengadil dari luar negara untuk perlawanan penting tetapi tidak dipersetuj­ui Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh mendakwa tindakan itu seolah- olah memperkeci­l bakat pengadil tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia