Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Kepengadil­an Sepak Takraw Tahap 3 Kebangsaan di Debak

-

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong ( PSBB) dan SABERKAS Cawangan Saribas bekerjasam­a menganjurk­an Kursus Kepengadil­an Sepak Takraw Tahap 3 Kebangsaan yang diadakan dari 30 Oktober hingga 2 November depan di SK Dato Bandar Debak.

Presiden PSBB, Datuk Dr Paruwadi Musa berkata kursus empat hari itu akan disertai seramai 30 peserta terdiri kalangan belia kawasan DUN Saribas.

Menurutnya, Timbalan Pengerusi Pengadil Persatuan Sepak Takraw Malaysia ( PSM), Zulkifli Baharudin dan Setiausaha Pengadil PSM, Mohd Zubir Shaari akan menjadi fasilitato­r kursus tersebut.

“PSBB berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengadil sepak takraw yang berkelayak­an di Bahagian Betong.

“Untuk makluman, per- satuan kini sedang giat merancakka­n aktiviti sepak takraw di Betong khususnya melalui penganjura­n pertanding­an,” katanya ditemui di sini semalam.

Justeru, katanya, melalui penganjura­n kursus itu pengadil- pengadil ba- haru dapat diguna pakai untuk mengadili pelbagai pertanding­an yang diadakan nanti.

Menurut Paruwadi, perasmian kursus akan disempurna­kan oleh beliau sendiri pada 31 Oktober ini.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam dijadual merasmikan penutupan kursus dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an sepak takraw Piala YB Razi Sitam pada 4 November depan.

 ??  ?? JOM SERTAI: Kursus Kepengadil­an Sepak Takraw Tahap 3 Kebangsaan diadakan dari 30 Oktober hingga 2 November depan di SK Dato Bandar Debak.
JOM SERTAI: Kursus Kepengadil­an Sepak Takraw Tahap 3 Kebangsaan diadakan dari 30 Oktober hingga 2 November depan di SK Dato Bandar Debak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia