Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Belia PBSMM SMK Sacred Heart hargai ahli-ahlinya

-

mempunyai seramai 246 orang termasuk 30 pelajar antarabang­sanya dari Kenya, Syria, Bangladesh, Gambia, India, Idonesia, Iran, Libya, Mauritius, Mynmmar, Sr Lanka, Thailand, Afghanista­n, Kanada, Mesir dan Nigeria. UNIT Belia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) SMK Sacred Heart telah menganjurk­an majlis penghargaa­n serta perhimpuna­n tahunan di sebuah restoran di Sibu, baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri oleh Pengerusi BSMM Daerah Sibu Penghulu Chua Hiong Kee, Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Sibu Jamali Yew Abdullah, Pegawai Penguasa Belia BSMM Daerah Sibu Tang Tung Kwong, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Sacred Heart Lau Tiew Kiong dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sacred Heart Dew Ka Yee.

Turut hadir adalah guru-guru penasihat Unit Belia Persatuan BSMM SMK Sacred Heart yang terdiri daripada Ting Siao Fong, Wong Ai Fung dan Jimrny Juing.

Seramai 92 orang ahli Persatuan BSMM sekolah tersebut telah menyertai majlis itu yang dijayakan oleh kumpulan ahlinya dari tingkatan tiga dan empat bagi sesi 2018/2019.

Dalam ucapannya, Chua melahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian Persatuan BSMM SMK Sacred Heart yang sentiasa berusaha gigih dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua aktiviti persatuan ini.

“Dengan usaha gigih daripada anda semua termasuk guru-guru penasihatn­ya dan pihak pengurusan sekolah khasnya pengetua, Unit Belia Persatuan BSMM SMK Sacred Heart telah menjadi sebuah persatuan terbaik di negeri ini dengan memenangi Anugerah Unit Belia Terbaik Persatuan BSMM Negeri Sarawak pada tahun ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Lau yang mewakili Pengetua SMK Sacred Heart David Teo menyeru semua ahli agar sentiasa seimbang dari segi akademik dan kokurikum.

Beliau juga menyeru kepada semua ahli agar bergiat aktif dan terus maju ke arah kecemerlan­gan di peringkat antarabang­sa.

“Hanya melalui aktiviti kokurikulu­m pelajar berpeluang membentuk jati diri dari segi pembanguna­n sahsiah diri yang lebih cemerlang,” tambahnya lagi.

Majlis penghargaa­n ini bertujuan memberikan penghargaa­n kepada semua ahli yang telah memberikan sumbangan dan perkhidmat­an kepada persatuan BSMM sekolah sepanjang tahun ini.

Selain itu, majlis ini juga turut memberi peluang kepada ahli untuk saling berkenalan dan bertukar pendapat dan pengalaman berkaitan dengan persatuan ini.

Beberapa kategori sijil telah disampaika­n dalam majlis tersebut iaitu sijil penghargaa­n kepada bekas ahli sesi 2017/2018, sijil pencapaian untuk ahli yang paling aktif dari segi kehadiran tahun 2018 dan sijil pencapaian untuk ahli yang paling aktif dari segi menjalanka­n ativiti tugasan pertolonga­n cemas di luar sekolah tahun 2018.

Majlis ini turut dimeriahka­n dengan persembaha­n pentas daripada ahli-ahli dan cabutan bertuah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Para penerima sijil penghargaa­n merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan pada Majlis Penghargaa­n Unit Belia Persatuan BSMM SMK Sacred Heart di Sibu.
TERIMA KASIH: Para penerima sijil penghargaa­n merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan pada Majlis Penghargaa­n Unit Belia Persatuan BSMM SMK Sacred Heart di Sibu.
 ??  ?? AMANAT PENTING: Hii menyampaik­an ucapannya pada lawatan pertamanya ke Kampus Klinikal Sibu Universiti SEGi di Hospital Sibu.
AMANAT PENTING: Hii menyampaik­an ucapannya pada lawatan pertamanya ke Kampus Klinikal Sibu Universiti SEGi di Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia