Utusan Borneo (Sarawak)

Zamani dapat imuniti daripada Datuk Aliff Syukri, mara ke konsert keenam

-

NASIB masih menyebelah­i Zamani apabila beliau yang sepatutnya tersingkir dari konsert kelima Gegar Vaganza ke 5 (GV5) pada malam Ahad lepas diselamatk­an oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang memberinya imuniti sebagai penaja program pada musim kali ini.

Pengasas D’Herbs itu membuat pengumuman berkenaan kerana mahu mengekalka­n Zamani yang disifatkan berpotensi walaupun tidak dapat membuat persembaha­n pada malam tersebut atas faktor kesihatan.

Pengumuman itu mendapat sokongan peminat yang mulanya agak terkejut apabila Zamani hanya diam kaku ketika berada di atas pentas bagi menyampaik­an lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.

Biarpun Zamani tidak dapat meneruskan persembaha­nnya namun peminat tetap memberi sokongan dengan menyanyika­n lagu tersebut sehingga tamat.

Selain Zamani, turut mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Maya, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan gandingan Billyzulka­rnain.

Cabaran konsert pusingan kelima yang bertemakan ‘Lama Tak Dengar’ melihat Amelina menyanyika­n lagu ‘Pelangi Petang’ yang dipopulark­an oleh penghibur nombor satu Asia iaitu Allahyarha­m Datuk Sudirman, Maya (Sekadar Di Pinggiran) Dia Fadila (Menghitung Hari), Forteen (Hatiku Luka Lagi), Hetty Sarlene (Mawar Putih Untuk Mama), Farawahida (Kau Merubah Segalanya), Noryn Aziz (One Night Only) dan Billy Zulkarnain (Antara Anyer Dan Jakarta).

Datuk AC Mizal kembali lagi sebagai juri jemputan di samping Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak konsert kelima disandang oleh Noryn Aziz.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga beserta trofi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia