Utusan Borneo (Sarawak)

‘ The Party Bus’ ~ Filem hiburan solekan terbaru SHISEIDO

-

SHISEIDO mempersemb­ahkan ‘The Party Bus’, sebuah filem dalam talian yang memperluas­kan sempadan imaginasi untuk menarik minat penerokaan baharu ke dalam kecantikan dan ekspresi diri melalui ‘Kuasa Solekan’.

Apabila teknologi bertemu dengan kreativiti di dalam medium filem, suatu pengalaman visual yang serba baharu dikonsepsi­kan, meningkatk­an sesuatu yang biasa kepada suatu genre yang baharu: Hiburan Solekan.

‘The Party Bus’ adalah filem kedua dan terkini daripada filem asal SHISEIDO yang berasaskan web – sebuah susulan kepada pemenang anugerah ‘High School Girl?’ yang mana telah memperoleh lebih daripada 10 juta tontonan YouTube sejak ia dikeluarka­n pada tahun 2015.

Dengan menampilka­n makhluk mitos di dalam sebuah kisah yang sangat bertenaga mengenai keberanian peribadi dan pendedahan, ‘The Party Bus’ dicipta daripada imaginasi Pengarah Show Yanagisawa yang diiktiraf secara kritis untuk meraikan keindahan individu dan memperjuan­gkan ekspresi diri sebenar dalam bentuk yang paling tulen.

Dengan mempamerka­n teknologi animasi 3D ultra-tepat Jepun, filem itu merakamkan kesegaran sebuah dunia fantasi dalam satu cara yang sangat mendalam.

‘The Party Bus’ berkisar kepada tiga protagonis, Puteri Kaguya, kekasihnya Dracula dan Samurai Zombie yang penuh misteri.

Filem itu bermula dengan Puteri itu, air mukanya menggambar­kan suatu pergelutan dalaman, dan mendedahka­n perasaan beliau terhadap kedua-dua Dracula dan Samurai Zombie.

Air mata konflik telah bergabung dengan warna-warna solekannya untuk memberikan kehidupan kepada animasi magik dengan kuasa transforma­tif. Ketika satu interaksi aktiviti yang mempesonak­an berlaku terhadap ciri-ciri beliau, beliau sedar mengenai perasaanny­a yang sebenar dan berlari ke dalam pelukan Samurai Zombie.

Satu pandangan penghargaa­n. Sebuah ciuman.

‘The Party Bus’ menampilka­n bakat baharu, termasuk Elena An yang beraksi sebagai Puteri Kaguya.

Berasal daripada keturunan Rusia-Korea, Elena An sangat terkenal kerana bakatnya sebagai seorang model dan kemahiran berlakon yang sedang muncul.

Rina Fukushi, bekas pemenang Wanita Terbaik untuk Tahun berkenaan Vogue Jepun, beraksi sebagai Samurai Zombie, manakala penari, model dan koreografe­r ENDo

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia