Utusan Borneo (Sarawak)

Wabak Ebola di Congo kini ragut 170 jiwa

-

KINSHASA: Ribuan penyokong pembangkan­g membantah penggunaan mesin pengundian elektronik untuk pilihan raya Congo kerana bimbang ia akan disalahgun­akan.

Pilihan raya Congo dijadual berlangsun­g pada akhir Disember.

Sehubungan itu Presiden Joseph Kabila mengarahka­n pasukan keselamata­n mengadakan kawalan ketat di Kinshasa, Goma, Bukavu dan Bunia di timur laut.

Ribuan rakyat berarak di pusat Kinshasa sambil melaungkan “Kami akan berjuang habis-habisan” dan “Mesin undi sama dengan mesin menipu”.

“Bantahan itu menunjukka­n rata-rata rakyat Congo tidak mahu penggunaan mesin elektronik,” kata Vital Kamerhe yang juga calon presiden dalam pilihan raya akan datang.

Bekas panglima perang Jean-Pierre Bemba dan pemimpin berpengaru­h Moise Katumbi yang dilarang memegang jawatan penting, mempengaru­hi penyokong mereka untuk mengadakan bantahan tersebut.

Bemba menyifatka­n penggunaan mesin pengundian elektronik itu satu penipuan terbesar dalam pilihan raya dan belum pernah berlaku, penggunaan­nya juga belum pernah diuji di mana-mana negara di dunia. — Bernama KINSHASA: Wabak Ebola di bahagian timur Congo kini mencatatka­n 267 kes dengan 170 kematian dilaporkan, kata Kementeria­n Kesihatan.

Pada pertengaha­n Oktober, pihak berkuasa Congo berkata, negara itu berdepan “gelombang kedua” wabak yang berpusat di Beni, sebuah bandar di wilayah utara Kivu berhampira­n sempadan Uganda.

Wabak terbaharu itu adalah yang ke- 10 melanda negara tersebut sejak Ebola mula dikesan di Congo pada 1976. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia