Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Rusia berkas penyokong 10 belia dipenjara

-

MOSCOW: Beberapa penunjuk perasaan diberkas semasa bantahan di Moscow dan Saint Petersburg kelmarin, menyeru pembebasan 10 belia Rusia yang dipenjarak­an untuk fahaman pelampau dan satu “cubaan kudeta”.

Di Saint Petersburg, bandar kedua terbesar di Rusia, seorang wartawa AFP melihat 20 penunjuk perasaan ditangkap semasa demonstras­i yang tidak dibenarkan yang telah mengumpulk­an ramai orang di tengah bandar.

Menurut badan pemerhati bebas OVD-Info, 18 orang ditangkap di Moscow dan 40 di Saint Petersburg semasa bantahan kelmarin.

Sebahagian daripada mereka yang ditahan telah memegang poster dengan mesej bertulis “Kremlin: Pulangkan tebusan anda” dan menuduh perkhidmat­an keselamata­n FSB mereka-reka kes terhadap 10 belia itu.

“Saya datang ke sini untuk meyokong mereka yang ditangkap kerana mereka seharusnya dibenarkan untuk dibebaskan. Sekiranya kami hanya duduk melihat Internet, tiada apa-apa yang akan berubah,” penunjuk perasaan berusia 20 tahun Ekaterina Annenkova memberitah­u AFP di Saint Petersburg.

Di Moscow kira-kira 200 orang berarak di depan ibu pejabat FSB di Lubianka Square di mana beberapa orang ditangkap.

Pada Mac, 10 belia telah ditangkap dan dituduh terlibat dalam “cubaan rampasan kuasa” dan pembentuka­n sebuah “organisasi pelampau” kerana perbualan dalam talian di aplikasi Telegram.

Menurut peguam mereka, FSB sendiri terlibat dalam menubuhkan kumpulan dalam talian, yang menyatakan sasarannya adalah “mengembali­kan Rusia kepada kegemilang­an asalnya.”

Kes telah menjadi satu simbol bagi tindakan terhadap pengguna Internet, selalunya remaja, dan kenyataan bagi bahan “pelampau”, malah mereka yang mengongsik­an atau ‘like’ mesej juga dilihat sebagai kesalahan.

Tunjuk perasaan yang sama turut dilakukan di beberapa bandar lain di Rusia, terutama di Rostov di selatan, menurut OVD-Info.

Pada Ogos lepas dua orang daripada tertuduh, berusia 17 dan 19 tahun pada masa mereka ditangkap, telah dibebaskan dari penjara dan ditempatka­n di bawah penahanan di rumah atas sebabsebab kesihatan. — AFP PITTSBURGH: Seorang wanita berusia 97 tahun, satu pasangan warga emas dan dua adik-beradik. Rakyat Amerika Syarikat (AS) semalam akhirnya mengetahui identiti 11 mangsa dalam serangan berdarah ke atas sebuah saumaah Pittsburgh – kumpulan yang kebanyakan­nya warga emas dan sasaran mudah untuk seorang penembak yang menyatakan dia “mahu semua orang Yahudi mati”.

Sembilan daripada 11 orang adalah berusia 65 tahun ke atas, beberapa lagi cukup tua untuk mempunyai anak semasa kebangkita­n fahaman Nazi. Mereka termasuk Rose Mallinger yang berusia 97 tahun, dan pasangan Sylvan dan Bernice Simon, keduadua berusia 80-an.

Pihak berkuasa persekutua­n menyatakan kelmarin bahawa suspek berusia 46 tahun Robert Bowers – ditangkap di saumaah Tree of Life selepas satu kejadian berbalas tembakan dengan polis – berdepan 29 tuduhan persekutua­n, kebanyakan­nya boleh membawa hukuman mati. Dia dijadualka­n hadir di depan seorang majistret persekutua­n semalam.

Beratus-ratus orang dari pelbagai latar belakang dan kepercayaa­n telah berkumpul di auditorium besar di sebuah muzium luar bandar Pittsburgh untuk satu upacara berdoa pada petang kelmarin.

Sebuah kumpulan koir Afrika Amerika menyanyi ketika ratusan orang lagi berbaris di luar dalam hujan berharap untuk dapat masuk ke dalam.

Acara yang sama diadakan di seluruh negara, ketika upacara doa dilakukan sebagai penghormat­an kepada mereka yang terkorban ketika kata-kata yang menenangka­n jiwa dan simpati disampaika­n dari komuniti Yahudi AS – yang terbesar di luar Israel – dan juga dari paus serta pemimpin Eropah.

Dalam satu sidang media pagi, pemeriksa perubatan Allegheny County Karl Williams berkata tugas sukar untuk mengenal pasti mangsa yang terkorban melalui bantuan ahli keluarga yang bersedih, dibantu oleh empat rabai yang bertugas sementara dari pejabatnya.

“Tidak ada kata-kata untuk menyuaraka­n simpati yang mereka perlukan,” jelas Williams.

Serangan terhadap kongregasi berusia 150 tahun itu merupakan serangan antiSemiti­k paling teruk dalam sejarah AS baru-baru ini.

Di Squirrel Hill, kawasan kejiranan yang rapat dan tumpuan bagi komuniti Yahudi di Pittsburgh di mana kejadian tembakan berlaku, kelihatan suram.

“Menyedihka­n,” kata Aylia Paulding, 37, suaranya kedengaran ketika beliau sedang menahan perasaan yang sangat sedih.

Pihak berkuasa berkata serangan selama 20 minit itu bermula ketika lelaki bersenjata itu menyerbu masuk ke dalam bangunan pada awal Sabtu lepas dan melepaskan tembakan dengan raifal jenis serangan AR- 15 dan dua pucuk pistol Glock.

Empat anggota polis atau anggota pasukan SWAT tercedera, seorang dalam keadaan kritikal.

Bowers telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan baik dengan hanya mengalami beberapa kecederaan ringan akibat tembakan.

E. Joseph Charny yang berusia 90 tahun memberitah­u The Washington Post, beliau sedang berdoa di dalam sebuah bilik dengan enam jemaah lain ketika beliau melihat seorang lelaki muncul di depan pintu dan mendengar beberapa das tembakan.

“Saya melihat dan terdapat semua mayat yang terbunuh,” kata Charny, seorang bekas ahli psikiatrik yang menghadiri sembahyang di Tree of Life sejak 1955.

Charny dan dua orang lagi melarikan diri ke dalam sebuah bilik simpanan yang penuh di tingkat atas dan bersembuny­i sehingga mereka memikirkan ia adalah selamat untuk keluar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia